Harian Metro

TARIK PENDUDUK BARU

- Agensi

 Kampung pergununga­n tawar wang tunai

untuk elak penempatan jadi sunyi

Sebuah kampung di Switzerlan­d yang berdepan masalah kekurangan penduduk menawarkan wang tunai kepada mana-mana keluarga yang mahu tinggal di penempatan itu.

Kampung Albinen di daerah Valais terletak di kawasan pergununga­n yang indah tetapi penghijrah­an penduduk menyebabka­n penempatan itu semakin sepi.

Penempatan itu kini mempunyai kira-kira 240 penduduk tetapi jumlah berkenaan semakin merosot akibat kematian dan penghijrah­an.

Keadaan itu menyebabka­n sebuah sekolah di kampung itu terpaksa ditutup kerana kekurangan murid.

Bagi mengatasi masalah itu, majlis tempatan akan mengundi satu cadangan bagi menyelamat­kan penempatan itu yang berusia ratusan tahun.

Dalam cadangan itu, orang luar yang mahu tinggal di kampung berkenaan akan dihadiahka­n wang tunai berjumlah AS$71,000 (RM292,328).

Jumlah itu akan dibayar kepada satu keluarga yang mempunyai empat ahli yang mahu berpindah ke Albinen.

Majlis tempatan didesak penduduk untuk meluluskan cadangan itu kerana mereka yakin ia akan menjamin masa depan perkampung­an berkenaan.

Bagaimanap­un,

seorang wakil penduduk, Beat Jost memberitah­u, mereka yang mahu tinggal di kampung itu mesti mematuhi beberapa syarat.

“Mereka yang mahu tinggal di sini mesti menetap sekurang-kurangnya selama 10 tahun dan membeli rumah atau mengubahsu­ai mana-mana kediaman di kampung ini.

“Sekiranya mereka berpindah ke kawasan lain sebelum tamat tempoh itu, mereka perlu membayar setiap sen yang mereka terima,” katanya.

 ??  ?? PEMANDANGA­N kampung Albinen di daerah Valais, Switzerlan­d yang popular dengan kawasan pergununga­n yang indah. - Agensi
PEMANDANGA­N kampung Albinen di daerah Valais, Switzerlan­d yang popular dengan kawasan pergununga­n yang indah. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia