Harian Metro

LTAM promosi sukan tenis di sekolah

-

Kuala Lumpur: Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) akan meneruskan program mempromosi sukan itu dalam kalangan pelajar sekolah tahun depan selepas melakar hasil memberangs­angkan.

Presidenny­a Mirzan Mahathir berkata, program jelajah yang mula diimplikas­ikan tahun ini mendapat maklum balas positif dan persatuan mahu melebarkan lagi usaha itu bagi menaikkan lagi minat sukan tenis dalam kalangan masyarakat di negara ini.

“Tenis sukan raket terbesar dunia tapi di Malaysia ia tidak begitu besar,” kata Mirzan kepada media selepas Malam Anugerah ACE 2017, kelmarin.

“Jadi kami perlu memastikan Malaysia berada di atas par menyamai negara lain dan disebabkan itulah usaha mempromosi tenis ini sangat giat dilakukan.

“Kami juga berasa bertuah dan gembira kerana usaha ini menerima kerjasama baik daripada Kementeria­n Pendidikan dan bersama kami dalam program yang dijalankan.

“Program tahun ini sudah menjelajah ke 12 daripada 14 negeri yang mana membabitka­n lebih 200 sekolah, lebih 800 pelajar dan guru membabitka­n diri.

“Jadi kami mahu meningkatk­an lagi usaha ini tahun depan dan memastikan lebih banyak pembabitan persatuan negeri bagi membolehka­n pelajar di negeri mereka boleh belajar, menerima skil dan seterusnya menyertai kejohanan tempatan.”

Sebanyak empat anugerah utama diberikan malam tadi yang menyaksika­n Christian Didier Chin dinobat selaku Pemain Terbaik 2017.

Syarifah Elsa Wan Abdul Rahman pula dipilih selaku Pemain Harapan manakala Leroy Yong menerima anugerah Pemain Paling Meningkat.

Lim Zan Ning dari Sarawak pula dinobat selaku Bintang Masa Depan dan pemain berusia 12 tahun itu jelas gembira dengan gelaran diberikan.

“Saya sangat gembira dan terharu,” kata Zan Ning.

 ?? Mirzan Mahathir ?? Kami perlu memastikan Malaysia berada di atas par menyamai negara lain dan disebabkan itulah usaha mempromosi tenis ini sangat giat dilakukan”
Mirzan Mahathir Kami perlu memastikan Malaysia berada di atas par menyamai negara lain dan disebabkan itulah usaha mempromosi tenis ini sangat giat dilakukan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia