Harian Metro

DENTUMAN DARI LANGIT

- Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

 Sesi kelayakan Kejuaraan MSBK dibatalkan akibat cuaca buruk

Sesi kelayakan tiga kelas perlumbaan dalam Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) terpaksa dibatalkan susulan cuaca buruk, semalam.

Sesi kelayakan bagi kelas Superbike hanya berlangsun­g selama 15 minit sebelum bendera merah dikibarkan kerana hujan lebat dan petir yang membahayak­an pelumba.

Biarpun sedikit terganggu namun peserta kelas Superbike yang juga pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, enggan terlalu memikirkan petak saingan yang diraihnya semalam dan hanya mahu memberi tumpuan pada hari perlumbaan hari ini.

“Saya hanya mahu menikmati perlumbaan dan ini juga satu latihan kerana saya memerlukan banyak tunggangan sebagai persiapan menghadapi musim depan,” kata Hafizh yang bakal memulakan saingan dari petak keenam, hari ini.

“Bagi saya, saya tidak terlalu memikirkan mengenai sesi kelayakan hari ini (semalam) kerana apa yang penting adalah (keputusan) hari perlumbaan.

“Saya akan cuba buat yang terbaik sekiranya cuaca tetap sama. Apapun saya berharap cuaca kering untuk pagi esok (hari ini) dan kalau hujan di sebelah petang, maka kami harus mengharung­inya juga.”

Susulan hujan lebat itu, sesi kelayakan tiga kelas lain Superstock, Supersport dan Terbuka 250 - akan menggunaka­n keputusan pada sesi latihan bebas pagi tadi sebagai penentu kedudukan grid perlumbaan esok.

Bagi kelas Superbike dan Piala KTM RC, petak perlumbaan berdasarka­n keputusan sesi kelayakan sebelum saingan dihentikan.

MSBK adalah acara penutup tirai untuk perlumbaan di litar Sepang bagi tahun ini.

 ?? FOTO: ?? HUJAN lebat serta kilat menyebabka­n sesi ujian kelayakan perlumbaan Kejuaraan Superbike Malaysia 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang terpaksa dibatalkan.
FOTO: HUJAN lebat serta kilat menyebabka­n sesi ujian kelayakan perlumbaan Kejuaraan Superbike Malaysia 2017 di Litar Antarabang­sa Sepang terpaksa dibatalkan.
 ??  ?? AKSI dua pelumba pada sesi kelayakan berlangsun­g selama 15 minit dalam keadaan litar basah dan licin.
AKSI dua pelumba pada sesi kelayakan berlangsun­g selama 15 minit dalam keadaan litar basah dan licin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia