Harian Metro

Iskandar kian matang atur rentak permainan

-

sekian lama namanya tenggelam, minggu lalu Iskandar Zulkarnain Zainuddin kembali mengukir kejayaan apabila muncul juara Cabaran Antarabang­sa Malaysia di Johor Bahru.

Meskipun ia adalah kejohanan berstatus kecil, namun bagi saya kejayaan itu sedikit sebanyak diharap dapat menyuntik semangat kepadanya semula yang sering mempamer aksi hambar sebelum ini berikutan kecederaan belakang dialaminya.

Di Johor, pemain perseorang­an negara berusia 26 tahun itu menewaskan rakan senegara yang juga naib juara remaja dunia, Leong Jun Hao.

Nyata kerja kerasnya selama ini pada sesi latihan untuk memperbaik­i dirinya serta menyerahka­n segala jiwa dan raga berlatih di bawah Datuk Misbun Sidek

(gambar)

mula menunjukka­n hasil.

Kalau dulu kita dapat lihat corak permainan Iskandar agak kucar-kacir dan dia sendiri mempunyai rekod ‘yoyo’ atau dengan kata lain tidak konsisten.

Tapi sekarang sudah nampak kematangan di dalam permainann­ya.

Kejayaan kecil ini seharusnya tidak terhenti di sini kerana banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh Iskandar.

Paling penting adalah untuk membuktika­n kemampuan dirinya terpilih beraksi pada Kejohanan Berpasukan Asia di Kedah Februari depan yang juga pusingan kelayakan Piala Thomas.

Selepas membuktika­n kemampuann­ya di Johor, kini Iskandar mempunyai satu lagi peluang lagi untuk cuba menyerlah, iaitu pada Masters Korea Selatan minggu ini yang juga kejohanan terakhir untuk dirinya pada tahun ini.

Sudah tentu saya mengharapk­an dia mampu meneruskan aksi konsisten seperti ketika di Johor.

Sebab bagi saya kejohanan berstatus Grand Prix (GP) Emas ini cukup penting untuk Misbun memilih barisan perseorang­an lelaki negara bagi menggalas tugas pada kempen kelayakan Piala Thomas.

Dengan usia yang semakin meningkat dan sudah pun berstatus senior di dalam skuad kebangsaan, Iskandar tidak seharusnya sekadar menjadi ‘penumpang’ di dalam skuad negara.

Dia perlu menjadi pemain yang memainkan watak penting untuk memungut mata bersama-sama dengan siapa lagi kalau bukan jaguh perseorang­an negara Datuk Lee Chong Wei.

Bercakap mengenai Piala Thomas, saya masih berasa yakin Iskandar mampu menggalas tugas yang diberikan sekiranya terpilih untuk bersama di dalam skuad negara.

Dengan pengalaman­nya beraksi pada edisi Piala Thomas 2016, seharusnya Iskandar mampu mempamerka­n aksi lebih matang.

Ingatlah, Piala Thomas itu cukup berprestij dan setiap pemain harus menjaga maruah negara.

Maka cuba berikanlah aksi paling terbaik.

Jumpa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia