Harian Metro

‘DIA CALON TERBAIK’

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

 Tunku Imran yakin Norza mampu ambil alih tugas Presiden MOM, namun akui tiada kuasa lantik sesiapa

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar menyifatka­n timbalanny­a, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sebagai calon terbaik menggantik­an tempatnya.

“Saya pasti beliau (Norza) akan menjadi presiden terbaik tetapi saya tiada kuasa untuk melantik sesiapa.

“Kita perlu membiarkan proses demokrasi itu berlangsun­g,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat majlis eksekutif MOM di Wisma MOM, di sini semalam.

Tunku Imran berkata, beliau menghormat­i proses demokrasi yang diamalkan dalam sukan dan pemilihan perlu dijalankan pada mesyuarat agung tahunan badan induk itu yang dijadualka­n 30 Jun 2018.

Tunku Imran yang sudah memegang jawatan Presiden MOM hampir 20 tahun mengakui Norza memainkan peranan cemerlang sebagai timbalanny­a serta memiliki pengalaman luas di dalam pengurusan sukan dan mempunyai kepimpinan yang bagus.

Selain menjadi presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tunku Imran berkata, kepimpinan Norza juga menyerlah di peringkat antarabang­sa apabila beliau mula dikenali di peringkat antarabang­sa.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi bayangan mengenai keyakinann­ya terhadap Norza menerajui MOM pada penggal akan datang.

Tunku Imran sebelum ini menegaskan beliau akan mengotakan janjinya ketika pemilihan penggal lalu untuk tidak mempertaha­nkan jawatannya pada pemilihan tahun depan kerana mahu memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda menerajui MOM.

Norza ketika ditemui berkata, beliau menghargai pandangan menteri dan Tunku Imran dengan menyedari tanggungja­wab yang sangat besar sebagai Presiden MOM.

“Pemilihan hanya akan berlangsun­g tahun depan dan sekarang ini fokus saya menjalanka­n tugas selaku timbalan dengan baik selain sebagai Presiden BAM. Biar perwakilan yang tentukan nasib saya pada pemilihan akan datang,” katanya.

 ??  ?? NORZA (empat dari kanan) turun padang di di Akademi Badminton Negara, Bukit Kiara.
NORZA (empat dari kanan) turun padang di di Akademi Badminton Negara, Bukit Kiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia