Harian Metro

‘KAMI LEBIH SEDIA’

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Penyerang Selangor, Fatin Shafikah Mahd Sukri percaya pasukannya memiliki peluang lebih baik menjulang Piala Razak apabila turun berentap dengan juara bertahan, Pahang pada aksi final di Stadium Hoki Kuala Lumpur, hari ini.

Pada edisi 2016, Selangor gagal mara ke final selepas dikecewaka­n Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di peringkat akhir round robin, sebaliknya mereka berpuas hati di tempat ketiga di belakang Pahang yang mengatasi ATM 4-0 pada aksi final.

Biarpun gagal dalam percubaan sulung tahun lalu, namun selepas meledak 11 gol dalam laluan ke final dan kekal dengan rekod tanpa kalah, kepercayaa­n skuad kendalian Ikmal Abd Jabbar itu untuk menundukka­n Pahang mulai meningkat.

“Pahang mempunyai kekuatan seimbang di setiap posisi. Mereka adalah pasukan yang kuat dengan teknik serta kemampuan individu yang hebat. Ia menjadi final yang menarik,” kata Fatin yang juga penyerang negara.

“Setakat ini persembaha­n pasukan juga sangat memuaskan, kejayaan bangkit dua kali ketika mengatasi Kuala Lumpur 3-2 dalam aksi separuh akhir semalam juga membuktika­n kami lebih bersedia.

“Berbanding tahun lalu, skuad muda ini lebih bersedia selepas meraih pengalaman berguna pada edisi 2016 dengan sebahagian besar barisan pemain yang sama masih dikekalkan.

“Malah, saya percaya faktor diperkuatk­an majoriti pemain muda mungkin membawa kelebihan kerana mereka ini mempunyai kelajuan

 Fatin yakin Selangor

juarai Piala Razak

yang baik.”

Begitupun, Pahang jelas menjadi pilihan selepas mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut tanpa masalah termasuk menumbangk­an ATM 2-0 pada aksi separuh akhir semalam.

Tidak seperti Pahang, yang menikmati rekod kemenangan sempurna dalam Kumpulan A, Selangor walaupun tidak pernah tewas tetapi bermula perlahan terikat 1-1 bersama Melaka sebelum mengatasi ATM 2-1 dan Johor 5-1 untuk mengunggul­i Kumpulan B.

Kapten Pahang, Nuraini Rashid, menegaskan walaupun kehadiran tujuh pemain negara memberi kelebihan buat pasukannya tetapi percaya mereka tetap perlu berwaspada dengan ancaman jentera serangan Selangor.

“Mereka pasukan muda yang sedang meningkat naik dan kami begitu menghormat­i lawan, jadi saya menjangkak­an aksi hari ini akan berlangsun­g dengan sengit.”

 ??  ?? FATIN Shafikah (tengah) diasak pemain Kuala Lumpur di Stadium Hoki Kuala Lumpur, kelmarin.
FATIN Shafikah (tengah) diasak pemain Kuala Lumpur di Stadium Hoki Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia