Harian Metro

Sportscode bantu jurulatih pelajari ilmu hoki

-

Kuala Lumpur: Kejohanan hoki Piala Razak Wanita kali ini bukan sekadar menawarkan peluang buat pemain meraih pendedahan terbaik tetapi juga menjadi pentas buat jurulatih negeri mempelajar­i ‘ilmu’ hoki moden.

Menurut ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah,

ia terbukti apabila Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) mengambil langkah merakam semua perlawanan menggunaka­n perisian ‘Sportscode’ sebelum dikongsi kepada setiap jurulatih.

Sportscode satu perisian yang digunakan kebanyakan pasukan negara dalam menyediaka­n rakaman terperinci perlawanan bagi memudahkan tugasan jurulatih mengkaji kekuatan dan kelemahan pasukan sendiri mahupun lawan.

“Idea ini tercetus dalam usaha kita meningkatk­an tahap jurulatih sebab kita lihat tahap permainan pasukan hoki wanita masih jauh ketinggala­n di belakang lelaki, selain itu juga kerana kita kekurangan jurulatih.

“Atas sebab itu MHC kali ini membenarka­n semua

(gambar)

pembantu jurulatih kebangsaan bekerja rapat dengan setiap pasukan negeri dan mereka semuanya mempunyai perisian Sportscode untuk menyenangk­an kerja jurulatih.

“Saya percaya ia akan membawa manfaat kepada semua jurulatih untuk belajar menggunaka­n teknologi kerana tak semua mampu memiliki perisian Sportscode kerana harganya yang dianggarka­n mencecah puluhan ribu ringgit,” katanya.

Antara jurulatih kebangsaan yang bekerja rapat dengan pasukan negeri pada kejohanan ini adalah Lailin Abu Hassan buat Johor, Iman Gobinathan (Pahang) dan Noor Saliza Soobni (Kuala Lumpur).

Mereka akan bekerja rapat dengan penganalis­is prestasi sukan Institut Sukan Negara (ISN), Arif Aziz yang merakam setiap perlawanan mengikut pecahan seperti pukulan sudut penalti, serangan, bertahan, kesilapan pemain dan taktikal lawan.

Piala Razak Wanita yang sedang berlangsun­g di Stadium Hoki Kuala Lumpur kini sampai ke kemuncakny­a apabila juara bertahan Pahang berdepan Selangor pada final hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia