Harian Metro

Kurik Lejen sehati sejiwa

-

Bukit Beruntung: Pertemuan pertama lapan tahun lalu di Kuala Lumpur membawa kepada penubuhan pasukan Kurik Lejen yang berpusat di Sungai Buloh.

Sebelum itu mereka menyertai maraton sebelum mencuba aksi berbasikal lasak.

Pasukan di bawah bimbingan Wan Azmi Wan Ngah, 42, itu tidak pernah ketinggala­n menghantar penyertaan dalam mana-mana perlumbaan MTB termasukla­h Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 (HMMTBGP) yang akan berlangsun­g di Sungai Buaya 2 Disember ini.

Menurut Wan Azmi atau lebih dikenali sebagai Oren Myroon dalam kalangan ahli pasukannya, mereka mengambil konsep kayuhan santai dan tidak meletakkan harapan untuk berada di kedudukan hadapan atau merangkul pingat.

“Kami ada 10 orang ahli setakat ini dan semuanya bertemu ketika menyertai maraton pada 2009 sebelum kami membuat satu kumpulan berbasikal biasa hingga beralih kepada MTB dua tahun lalu.

“Cadangan penubuhan pasukan basikal ini kerana kami mahu berkayuh secara santai saja,” katanya.

Menurutnya, konsep yang diamalkan adalah bermula bersama dan akhiri perlumbaan bersama-sama.

Katanya, jika ada ahli pasukan yang keletihan atau cedera mereka perlu berhenti untuk memberikan bantuan.

“Kami tak buru tempat, asalkan dapat sertai dan tamatkan perlumbaan...itu saja.

“Masa berkayuh kalau ada ahli pasukan yang penat kita tolong tolak, jika cedera kita bantu,” katanya.

Wan Azmi berkata, walaupun aktif berbasikal namun sesekali dia menyertai maraton sehingga ke Thailand, Kemboja dan Singapura.

 ??  ?? WAN AZMI (tiga dari kiri) bersama pasukannya yang bakal menyertai HMMTBGP di Sungai Buaya.
WAN AZMI (tiga dari kiri) bersama pasukannya yang bakal menyertai HMMTBGP di Sungai Buaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia