Harian Metro

IMAN TAK GENTAR CABARAN

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Tekad sertai pasukan memanah selepas menonton Olimpik Rio

Iman Nur Ainaa Muhamad Affendy mula jatuh hati dengan sukan memanah apabila menonton sukan itu di temasya Olimpik Rio yang lalu.

Tampak mudah tapi sebenarnya ia satu sukan yang mencabar kata Iman.

Namun cabaran itulah membuatkan Iman yang kini belajar di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian mahu membuktika­n ia pelajar yang tidak gentar akan cabaran.

Mewakili Selangor di Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia yang lalu menyuntik semangat Iman untuk terus mengorak langkah melakar kejayaan lebih gemilang di masa hadapan.

Ikuti temu bual Iman mencipta nama dalam sukan memanah. Soalan (S): Bagaimana anda mula terdorong untuk menceburi sukan memanah?

Jawapan (J): Minat saya bermula apabila menonton sukan memanah ketika temasya Olimpik Rio tahun lalu.

Waktu itu, saya tekad untuk menyertai pasukan memanah sekolah walaupun saya perlu menjalani latihan asas kecerdasan bersama pelajar junior kerana sudah terlepas saringan pemilihan pasukan kelab memanah bagi tahun lalu.

Akhirnya dalam tempoh dua bulan saya terpilih untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Memanah SBT Peringkat Kebangsaan Sirkit 2 tahun lalu. Ia kejohanan pertama saya sertai.

Dorongan dan sokongan guru memanah juga jurulatih sekolah, Cikgu Mohd Yamani Ngah, Cikgu Wan Nazrol Wan Noh dan Jumali Md Yaakub serta ibu bapa membuatkan saya sentiasa ingin memperbaik­i diri dalam sukan ini.

S: Boleh anda kongsikan mengapa meminati sukan ini berbanding sukan lain?

J: Sukan memanah mendidik saya untuk lebih fokus dan kental. Ini kerana, sukan memanah mendidik kita supaya peka dari segi keperluan teknikal dalam memastikan peralatan sentiasa dlm keadaan terbaik sebelum perlawanan selain perlu bersedia dari segi mental kerana setiap pertanding­an mempunyai cabaran yang berbeza.

Saya sangat meminati acara

atau pusingan kalah mati kerana ia sangat mencabar. Dalam erti kata lain, ia dapat membentuk disiplin tinggi dan memberi kekuatan mental yang baik.

S:Apa sasaran anda di masa hadapan?

J: Andai diberi peluang dan kesempatan pastinya saya mahu mewakili negara. Menjadi pemanah terbaik. Saya mahu mengharumk­an nama negara di pentas dunia.

Terdapat pelbagai paltform terkemuka termasukla­h Kejohanan Memanah Remaja Dunia. Saya harap saya akan diberi peluang untuk membuktika­n keupayaan saya.

S: Siapakah idola anda dalam sukan ini dan mengapa anda memilih beliau sebagai idola anda?

J: Idola saya adalah Ki Bo-Bae. Dia seorang atlet terkemuka dari Korea. Dia pemanah yang hebat dan digeruni ramai persaing. Sepanjang kariernya dia sudah berjaya memenangi lima emas di kejohanan dunia. Turut meraih dua emas di Sukan Olimpik London dan satu emas satu gangsa di Olimpik Rio.

Dia meraih banyak kejayaan dalam usianya yang masih muda.

S: Sekiranya anda mempunyai masa lapang apakah aktiviti yang anda lakukan?

J: Jika saya mempunyai masa lapang saya gemar membaca buku. Adakalanya saya bermain permainan video. Saya juga suka memasak dan membuat kek. Banyak juga resepi yang saya sudah cuba.

 ??  ?? IMAN (kiri) bersama guru dan rakan pasukan.
IMAN (kiri) bersama guru dan rakan pasukan.
 ??  ??
 ??  ?? IMAN sedang menjalani latihan memanah.
IMAN sedang menjalani latihan memanah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia