Harian Metro

TAK KEJAR POPULARITI

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Pengorbana­n besar pemain futsal negara

tonik kejayaan pasukan

“Pencapaian di Piala AFF tempoh hari sesuatu yang membanggak­an kerana sudah lama kami tidak beraksi di pentas final. Saya fikir kami berada di landasan tepat untuk terus mempamerka­n peningkata­n di pentas antarabang­sa dengan kejohanan AFC 2018 di Taiwan menjadi detik terbaik untuk meneruskan­nya.

Bagi saya pencapaian yang hadir adalah menerusi pengorbana­n yang tinggi kami berikan. Kami bukan mengejar dunia atau nama. Ada yang terpaksa tinggalkan keluarga, ada kehilangan kerja dan pelbagai pengorbana­n lain yang kami lakukan bagi menaikkan imej futsal negara.

Intensiti kem latihan skuad negara amat tinggi dan sentiasa meningkat sehingga tiga kali sesi latihan dalam tempoh sehari. Ia bukan tugas yang mudah kerana tempoh rehat kami semakin berkuranga­n. Namun hasilnya adalah cukup membanggak­an walaupun sekadar tempat kedua.

Jika anda melihat aksi final, jurang dengan Thailand sudah semakin hampir dengan kami terlalu hampir mengejutka­n Soalan: Tahniah atas kejayaan saudara Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin bersama pasukan muncul naib juara Piala AFF baru-baru ini. Lebih membanggak­an layak secara merit ke Kejuaraan Futsal AFC 2018 di Taiwan pada

mereka sebelum tewas 3-4 di Piala AFF. Namun kami tidak mahu bersikap mendabik dada kerana kami perlu mengakui bahawa kami masih belum mampu menewaskan mereka.

Selagi belum menewaskan Thailand, saya tidak fikir kami akan berpuas hati. Kami akan melakukann­ya suatu hari nanti.

Kami mengharapk­an lebih banyak latihan di luar negara mampu dirancang selain aspek perlawanan bertemu dengan pasukan lebih baik bagi mengenalpa­sti kekurangan dan kelemahan yang masih perlu Februari depan.

Malah pada perlawanan final Piala AFF, Malaysia hampir mengejutka­n Thailand selepas memberikan tentangan sengit kepada jaguh dunia itu. Apa pandangan anda tentang perkembang­an skuad negara sejak kebelakang­an ini?

ABDUL FIKRI SAMAH

Sungai Binjai, Klang

diperbaiki terutamany­a dalam menghadapi Piala AFC yang hanya berbaki tiga bulan lagi.

Sekiranya dirancang dengan teliti, saya tidak fikir kami berdepan masalah untuk layak ke peringkat seterusnya, iaitu Piala Dunia. Tiada yang mustahil dengan kami perlu sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir pada saingan peringkat benua nanti.

Saya sangat yakin kerana tiada yang mustahil. Banyak negara yang sudah membuktika­nnya apabila menjadikan sesuatu yang mustahil sebagai realiti namun ia harus hadir menerusi sokongan pelbagai pihak. Kita perlu mengubah cara pemikiran kerana untuk berjaya, usaha perlu digandakan berbanding sebelum ini. Apa yang sentiasa menjadi penghalang adalah diri

sendiri.”

 ??  ?? KHAIRUL (kiri) ketika beraksi di Sukan SEA 2017.
KHAIRUL (kiri) ketika beraksi di Sukan SEA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia