Harian Metro

Wenger kagum semangat Ozil

-

London: Arsene Wenger percaya kebangkita­n semula Mesut Ozil adalah kerana kerja keras perancang Arsenal itu meningkatk­an tahap kecergasan­nya.

Ozil mempamer aksi memukau pada pertemuan musuh setempat utara London yang menyaksika­n mereka mengatasi Tottenham Hotspur dan sekali lagi menjadi watak penting apabila anak buah Wenger mahu mengekalka­n momentum kemenangan itu dengan berkunjung ke Burnley, malam ini.

Pemain kebangsaan Jerman itu yang tamat kontraknya tahun ini dan mungkin berpindah ke kelab lain Januari depan, menerima kritikan hebat pada awal musim.

Bagaimanap­un prestasi semasanya menunjukka­n kualiti sebenar yang ada padanya dan Wenger memuji kesungguha­n Ozil ketika sesi latihan.

“Ozil bekerja keras dan dia kini cergas sepenuhnya. Sebab itu anda dapat lihat dia cukup tajam.

“Kualiti aspek teknikal yang ada padanya tidak pernah tumpul dan dia menunjukka­n kesungguha­n lebih tinggi dan itulah yang kami mahukan daripadany­a,” katanya.

Wenger menegaskan: “Bola sepak kini menuntut aspek mental serta fizikal yang tinggi dan Ozil nampak lebih cergas dari segi fizikal berbanding sebelum ini.

“Setiap pemain mahu menjadi bintang dan apabila gagal melakukann­ya mereka akan berasa kecewa tapi cara terbaik untuk kembali mencapainy­a adalah dengan bekerja keras dan menunjukka­n kualiti yang orang ramai mahukan daripada anda.”

Kemenangan minggu lalu menyaksika­n Arsenal menduduki tangga keenam liga, satu mata ketinggala­n di belakang Tottenham yang menduduki tempat keempat dan hanya dibezakan dengan perbezaan gol berbanding Burnley di tangga ketujuh.

Wenger kagum dengan aksi cemerlang skuad kendalian Sean Dyche musim ini dan sedar rintangan yang akan dilalui mereka.

“Mereka kelab yang mengejutka­n. Sebab sebelum bermulanya saingan jika anda bertanya kepada

100 orang adakah

Burnley mampu memungut 22 mata setakat ini, 90 daripada pasti menyatakan tidak manakala 10 lagi mungkin peminat setia kelab itu.

“Mereka memenangi perlawanan dengan 25 atau 30 peratus penguasaan permainan. Ini bermakna mereka cukup bersabar dan tahu apa yang perlu dilakukan.” AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia