Harian Metro

Hammers kutip mata pertama musim ini

-

London: West Ham mengutip mata pertama Liga Perdana Inggeris di bawah pengendali baharu David Moyes selepas bangkit untuk mengikat Leicester 1-1 di Stadium London semalam.

Ketika Mark Noble digugurkan di bahagian tengah, West Ham menampilka­n permulaan paling buruk selepas tujuh minit dalam penampilan pertama Moyes apabila Marc Albrighton membuka jaringan untuk Leicester hasil hantaran Jamie Vardy.

Moyes bagaimanap­un menarik nafas lega apabila skuad kendaliann­ya bangkit menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi tandukan Cheikhou Kouyate - gol sulung West Ham yang dijaringka­n dalam babak pertama permainan selepas sembilan perlawanan.

Andre Ayew menggantik­an Marko Arnautovic di pertengaha­n babak kedua dan menyaksika­n permintaan­nya untuk sepakan penalti tidak dipedulika­n pengadil selepas dia dikasari Harry Maguire.

West Ham kini masih belum merakam sebarang kemenangan dalam enam perlawanan liga dan kekal bergelut dalam zon penyingkir­an di tangga ke-18.

Penjaga gol West Ham, Joe Hart bagaimanap­un percaya, persembaha­n itu dan reaksi positif penyokong menjadi tanda aras baru pasukan pada masa akan datang.

“Apabila mendapat sokongan, kami bermain dengan lebih baik,” kata Hart. “Ia mungkin berakhir secara berbeza apabila kami dibolosi, tapi ia begitu menakjubka­n. Penyokong memilih untuk terus bersama kami.” Reuters

 ??  ?? KOUYATE buat Moyes lega.
KOUYATE buat Moyes lega.
 ??  ?? ALBRIGHTON (tengah) dikekang
dua pemain West Ham.
ALBRIGHTON (tengah) dikekang dua pemain West Ham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia