Harian Metro

ANGKARA WANG!

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui tidak terkejut sekiranya prestasi skuad Harimau Malaya akan terus merudum dalam beberapa tahun akan datang.

Jelasnya, sikap terlalu memikirkan soal ganjaran dalam kalangan pemain kebangsaan termasuk skuad bawah 23 tahun negara (B-23) antara penyebab utama mengapa perubahan amat sukar untuk dilaksanak­an.

“Ianya akan terus merudum (ranking Malaysia), nak tahu kenapa, kerana awak ada pemain yang dalam pasukan kebangsaan lebih memikirkan soal ganjaran daripada nak bermain untuk pasukan. Jangan cakap pemain senior saja, pemain B-23 pun sama,” katanya ketika sidang media bersama Presiden FAM yang disiarkan secara langsung di laman Facebook badan induk itu.

“Tak nak mainlah, insentif

(gambar)

berapa, bila nak dapat... Saya ada semua nama kat dalam ini (telefon bimbit Tunku Ismail), nak saya bacakan. B-22 pun dah mula ada sikap macam ini,” tambah Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu.

Terbaru, ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) menyaksika­n skuad Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada mencatatka­n rekod terburuk apabila jatuh ke tangga 174 berbanding 170 pada bulan lalu.

Kejatuhan empat anak tangga itu susulan tewas dua kali berturut-turut dengan jaringan 4-1 kepada Korea Utara dalam kempen kelayakan Piala Asia 2019 sekali gus menyaksika­n Malaysia terlepas 13 mata untuk ranking FIFA itu.

Malah, ia juga adalah ranking terburuk sejak Tunku Ismail mengisi kerusi nombor satu FAM yang diterajuin­ya penghujung Mac lalu.

Justeru, bagi mengatasi masalah itu, beliau menggarisk­an tiga kunci penting kepada perubahan ekosistem bola sepak tanahair.

“Pertama rasuah, kedua pendidikan yang kurang daripada akar umbi, ketiga soal mentaliti budaya dan mentaliti

 Tunku Ismail tak terkejut Harimau Malaya terus merudum akibat pemain kejar ganjaran

kemenangan.

“Ini tidak, pemain B-23 belum lagi pergi ke pasukan senior dah mula cerita pasal insentif dan mula merungut,” katanya yang bersedia mendedahka­n nama pemain berkenaan ketika sesi bersama penyokong di Kuala Lumpur nanti.

Skuad B-23 kendalian Datuk Ong Kim Swee yang berjaya meraih slot automatik ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China Januari ini, bakal memulakan latihan pusat pada esok.

Pada pusingan akhir itu, mereka diundi bersama tiga pasukan gergasi Asia barat, Iraq, Arab Saudi dan Jordan dalam Kumpulan C.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia