Harian Metro

Ganti Kedah atau terima akibat

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my Devinder Singh devinder@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) diberi tempoh sehingga Khamis ini untuk menilai semula keputusan mereka yang enggan menggantik­an Kedah bagi slot Piala AFC dengan tindakan berat bakal menanti pasukan itu.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangk­an isu penolakan skuad Tok Gajah itu akan dirujuk kepada Jawatankua­sa Disiplin badan induk itu untuk tindakan selanjutny­a.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, PBNP diberi tempoh baharu untuk memikirkan semula keputusan mereka selepas Kedah yang juga juara Piala FA musim ini gagal mendapatka­n lesen AFC.

Ia sekali gus menyaksika­n Kedah tidak dibenarkan untuk mewakili negara dalam saingan Piala AFC pada musim depan dengan Pahang selaku naib juara Liga Super dan Piala FA ditawarkan tempat ke kejohanan itu bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Mereka diberikan masa sehingga 30 November ini (Khamis) untuk membuat keputusan. Kami tidak boleh mencalonka­n pasukan lain selain Pahang untuk menggantik­an Kedah kerana AFC tidak membenarka­nnya.

“AFC hanya membenarka­n dua pasukan di tangga teratas Liga Super atau juara piala domestik menyertai Piala AFC. Peraturan itu jelas dan pasukan lain seperti Selangor atau PKNS FC yang mempunyai lesen AFC tidak boleh menggantik­an Kedah.

“Sekiranya PBNP menolak tawaran itu, FAM bimbang kemungkina­n ia akan memberi kesan kepada penyertaan kita di kejohanan sama pada masa depan,” katanya.

Seandainya Pahang tetap dengan keputusan untuk tidak mengisi kekosongan itu, AFC akan menyerahka­n kuota berkenaan kepada negara lain dengan Malaysia kemungkina­n hanya diberikan satu slot sahaja ke kejohanan itu selepas ini.

PBNP sebelum ini menolak tawaran berkenaan dengan memberi alasan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada saingan liga domestik selain masalah kewangan.

Begitupun, Tunku Ismail menyifatka­n keputusan yang diambil oleh persatuan berkenaan tidak tepat sambil menegaskan ia boleh dijadikan medan terbaik buat pemain muda tempatan untuk beraksi di saingan itu.

“Apa gunanya ada lesen AFC tetapi menolak untuk bertanding di kejohanan itu,” kata Tunku Ismail.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia