Harian Metro

‘KIAN PELIK’ “B

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

ola sepak kita makin pelik. Saya pun jadi keliru,” kata jurulatih, Mat Zan Mat Aris

mengenai pelbagai isu yang mewarnai bola sepak negara kebelakang­an ini.

Beliau berpendapa­t beberapa insiden seperti keputusan menjenamak­an T-Team dan menurunkan pasukan itu ke Liga Perdana, kegagalan Kedah mendapatka­n lesen untuk bertanding pada Piala AFC serta penambahan kuota pemain import antara keputusan yang mencetuska­n persoalan.

“Ada pasukan yang bersusah payah, bermain bermati-matian untuk kekal dalam Liga Super akhirnya diturunkan oleh persatuann­ya sendiri ke Liga Perdana.

“Ia tidak sepatutnya berlaku. Walau apapun alasan, tidak ada sebab untuk mereka mengambil tindakan sebegitu,” kata Mat Zan merujuk kepada keputusan Persatuan Bola sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menjenamak­an semula pasukan T-Team kepada Terengganu FC II (TFC II dan menurunkan ‘gred’ mereka beraksi

 Mat Zan anggap tak wajar berlaku beberapa

insiden babitkan bola sepak tempatan

(gambar)

dalam Liga Perdana pada musim depan.

“Tidak salah melakukan penjenamaa­n semula tapi patut dikekalkan dalam Liga Super kerana matlamat sesebuah pasukan bertanding adalah mencapai tahap terbaik,” kata Mat Zan yang pernah membimbing Terengganu menjuarai Piala Malaysia pada 2001.

Selain itu, Mat Zan yang turut membantu Kuala Lumpur menjuarai Piala FA pada 1999 serta melonjakka­n Melaka United daripada Liga FAM ke Liga Super pada 2016 hairan bagaimana Kedah boleh melepaskan peluang beraksi pada Piala AFC dengan begitu mudah.

“Kegagalan mendapatka­n lesen bertanding pada Piala AFC menunjukka­n seolah-olah Kedah tidak berminat menyertai pertanding­an itu sedangkan mereka layak. Sepatutnya, Kedah mengambil peluang ini melonjakka­n lagi pasukan itu ke satu tahap lagi selepas menjuarai Piala FA dan Piala Malaysia.

“Mereka sebenarnya mempunyai cukup masa untuk membuat permohonan. Macam mana pula boleh terlepas tarikh? Itu yang saya pelik,” katanya.

Isu penambahan kuota pemain import daripada empat kepada lima untuk pasukan Liga Super turut mencetuska­n tanda tanya kepada jurulatih berpengala­man itu.

“Apa rasionalny­a nak tambah import?,” tanya Mat Zan. “Sepatutnya dalam keadaan prestasi pasukan kebangsaan merudum sehingga jatuh ke ranking 174 dunia, kita kurangkan pemain import untuk lahirkan lebih ramai pemain tempatan yang berkemampu­an,” katanya.

 ?? Mat Zan Mat Aris ?? Ada pasukan bersusah payah, bermain bermati-matian untuk kekal dalam Liga Super akhirnya diturunkan persatuann­ya sendiri ke Liga Perdana”
Mat Zan Mat Aris Ada pasukan bersusah payah, bermain bermati-matian untuk kekal dalam Liga Super akhirnya diturunkan persatuann­ya sendiri ke Liga Perdana”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia