Harian Metro

MU sertai Piala MB Terengganu

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Melaka United (MU) mengesahka­n akan beraksi dalam Kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu yang berlangsun­g di Kuala Terengganu dari 15 hingga 24 Januari depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, MU menerima pelawaan penganjur untuk menyertai pertanding­an empat penjuru berkenaan.

Katanya, saingan yang turut membabitka­n pasukan tuan rumah Terengganu, Kelantan dan Pahang itu bakal menjanjika­n saingan getir buat skuad bimbingan Eduardo Almeida.

“Kami sudah menerima pelawaan penganjur dan pada dasarnya bersetuju menyertai kejohanan berkenaan yang antara lain mampu mengenalpa­sti kelemahan dan kekuatan skuad Hijau Putih menjelang saingan Liga Malaysia yang bermula Februari depan.

“Apa yang kami harapkan pemain mampu memberi aksi terbaik dengan skuad impian MU perlu menampilka­n karakter sebenar sebagai skuad yang disegani,” katanya selepas pertemuan antara pengurusan MU bersama penyokong di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, semalam.

Apapun, beliau melihat kesemua pasukan yang bersaing terutama tuan rumah, skuad Tok Gajah dan The Red Warriors bukan lawan mudah.

Namun, katanya, komitmen tinggi pemain baharu dan sembilan yang dikekalkan diyakini mampu membentuk keserasian yang lebih jitu pada kejohanan itu.

Sementara itu, Almeida berkata, beliau akan menilai persembaha­n pemain sepanjang sesi latihan dan aksi pra musim di Vietnam dari 4 hingga 12 Januari sebelum berlepas ke Terengganu.

 ??  ?? PEMINAT Melaka United ceria selepas pertemuan dengan pengurusan pasukan di Paya Rumput, semalam.
PEMINAT Melaka United ceria selepas pertemuan dengan pengurusan pasukan di Paya Rumput, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia