Harian Metro

Drama menarik minggu ini

-

Ini pula kisah satu produksi mahu menghasilk­an drama, lalu produserny­a meminta penulis skrip menghasilk­an cerita menarik untuk diterbitka­n.

Penulis skrip pun perah otak mencari idea supaya skripnya diterima. Tengah malam yang sunyi, dia pun mendapat idea untuk buat cerita mengenai kisah dua selebriti, A dan B bercinta.

Untuk lebih menarik, watak A dan B digambarka­n suka berteka-teki mengenai kisah cinta mereka yang menjadi perhatian peminat dan media. Mereka dikatakan mahu bertunang sekian-sekian tarikh tetapi apabila ditanya empunya badan, mereka menafikan.

Selepas itu timbul pula cerita mereka mahu nikah dalam waktu yang sangat singkat.

Cerita makin menarik apabila ada wartawan yang mendapat info daripada sumber mengenai majlis itu, pergi ke lokasi yang dikatakan berlangsun­gnya pernikahan. Digambarka­n, kehadiran mereka tidak dilayan walaupun menanti berjam-jam.

Nikah atau tidak, keduaduany­a terus mengunci mulut begitu juga orang kanan kedua-dua selebriti ini.

Keesokan harinya, pasangan itu meninggalk­an semua persoalan itu terus menjadi tanda tanya. Mereka bercuti ke luar negara bersama keluarga. Apabila didesak, akhirnya mereka setuju akan menjelaska­n segalanya sebaik saja pulang nanti.

Untuk menamatkan drama ini, penulis skrip menemui jalan buntu dan akhirnya memilih untuk memberi dua penamat cerita, biar produser yang pilih mana yang disukainya.

Pilihan pertama, pasangan itu mengaku sudah nikah sebagai mana diperkatak­an atau kedua; menafikan pernikahan itu. Penulis skrip juga memberi senario yang berlaku jika mengaku atau sebaliknya.

Kalau mengaku, macam-macam kisah lebih menarik perlu didedahkan tertapi ceritanya berakhir dengan ‘happy ending.’ Sebaliknya, kalau nafi, drama boleh disambung lagi.

Agaknya, mana satu menjadi pilihan produser itu?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia