Harian Metro

Dianak tiri produksi drama

-

Kasihan pula Cik Pang dengar pendedahan teman mengenai pelakon wanita hebat ini yang didakwa disisih daripada produksi sebuah drama episod panjang yang baru saja menamatkan penggambar­an beberapa minggu lalu.

Dedah teman Cik Pang, pelakon itu langsung tidak membawa masalah dari segi kualiti kerja, cuma disebabkan enggan mengikut kehendak produser yang mahukan dia bersolek mampan dan berambut ‘kepuk’ untuk watak ala gadis kampung, terus dia dilayan acuh tak acuh di lokasi penggambar­an.

Lebih simpati, permohonan cutinya kerana urusan keluarga ditolak walaupun sudah memaklumka­n pada pihak produksi beberapa bulan lebih awal. Namun begitu, andai mahu bercuti juga, gajinya akan ditolak beberapa episod yang dipercayai mencecah berbelas ribu ringgit.

Tapi disebabkan sudah merancang lebih awal pada tarikh cuti dan tidak mahu memanjangk­an isu, pelakon itu terpaksa pejamkan mata gaji ditolak.

Ada juga Cik Pang dengar cerita, ikutkan produser mahu tamatkan kontrak si pelakon sebab berdegil dengan permintaan­nya tapi tidak dapat berbuat demikian kerana pilihan si pelakon datang dari stesen TV.

Macam-macam lagi cerita layanan berat sebelah diterima pelakon itu. Rasanya kalau pelakon lain, pasti sudah angkat kaki.

Difahamkan, pelakon itu kini lega sebab sudah habiskan projek itu walaupun emosinya terganggu sepanjang penggambar­an kerana layanan berat sebelah diterimany­a.

Cik Pang memang sangat menghormat­i pelakon itu. Sikap profesiona­l ketika bekerja dan ketepikan perasaan sedih sebab dilayan begitu wajar dijadikan contoh buat pelakon baru yang baru nak berjinak dalam industri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia