Harian Metro

Bahan terlarang untuk kurus

-

Kalau disebut nama pelakon lelaki ini, pasti ramai gadis di luar sana akan ‘meroyan’! Ya lah! Sejak drama lakonannya ‘meletup’, ramai gadis menjadikan watak pelakon itu kekasih ideal mereka.

Walaupun hanya sebuah drama, disebabkan watak romantik dilakonkan, namanya terus meniti di bibir peminat.

Tapi dalam asyik bercerita mengenai populariti yang melonjak naik, ada cerita kurang sedap didengar Cik

Pang mengenai pelakon berkulit sawo matang itu.

Sumber Cik Pang mendakwa pelakon itu selalu mengambil bahan terlarang kononnya untuk memberi tenaga ketika bekerja.

Malah, ada juga mendakwa pelakon itu mengambiln­ya untuk kekal kurus. Mana satu cerita yang betul dan sejak bila mula terjebak, Cik Pang pun tidak tahu.

Tapi yang pasti, pengambila­n bahan terlarang berupa dadah bukan pilihan bijak! Kesannya mungkin nampak cepat tapi kesan jangka panjangnya bukan saja memudaratk­an tubuh tapi masa depan juga.

Cerita seperti ini bukan baru dalam industri hiburan tanah air. Sejak dulu pasti akan ada seorang dua yang sengaja mahu merosakkan diri dengan mengambil dadah. Bukan saja pelakon, malah penyanyi dan pemuzik juga ada.

Bezanya, hanya beberapa kerat saja yang ‘kantoi’ dan insaf. Masalahnya sampai bila nak bertuhanka­n najis dadah untuk bertenaga dan kurus? Pesanan Cik Pang, tinggalkan­lah perkara tidak berfaedah itu.

Jadilah anak seni contoh yang boleh memberi kesan positif kepada peminat. Ingat! Peminat pada masa ini jadikan artis sebagai idola. Jadi, hargailah mereka dan diri sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia