Harian Metro

Media dijemput, tiada tempat duduk

-

Walaupun acara malam gala filem Pinjamkan Hatiku pada Selasa lalu dikatakan berjaya, tapi ada beberapa teman Cik Pang mengadu mengenai cara pengurusan malam itu yang dikatakan agak tidak profesiona­l.

Ramai tetamu terutamany­a teman media yang dijemput tidak dapat masuk ke dalam dewan tayangan kerana difahamkan tempat duduk sudah penuh.

Eh, kenapa boleh jadi sampai begitu? Kalau sudah dijemput, mesti ada tempat duduk, kan? Apatah lagi apabila membabitka­n jemputan media iaitu tetamu yang boleh dianggap penting sebab mereka inilah yang akan menjadi orang tengah dalam sesi promosi filem ke media massa.

Selepas diselidik, rupa-rupanya berlaku pertembung­an jemputan antara pihak yang dilantik untuk mengurus jemputan media dan promosi dengan pihak penganjur.

Pihak dilantik mengurus jemputan media dan promosi sudah meminta pihak penganjur menyediaka­n tempat duduk untuk jemputan daripada mereka.

Malangnya, pihak penganjur turut menjemput tetamu mereka tetapi meletakkan mereka di kerusi media yang sudah ditetapkan.

Itu belum lagi jemputan daripada individu seperti pengarah, penerbit dan pelakon yang pastinya turut beri kesan kepada kedudukan tempat duduk.

Situasi ini mungkin agak biasa apabila sebuah filem yang dinantikan ramai mengadakan malam gala, cuma

Cik Pang melihat dari sudut jemputan media yang sepatutnya lebih diutamakan.

Harapnya situasi ini tidak lagi berlaku pada masa depan. Sepatutnya semua pihak kena faham bidang tugas dan tanggungja­wab masingmasi­ng.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia