Harian Metro

Alif Satar bersih gosip

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Selepas bawa isteri ke Makkah, Khamis lalu berlepas bawa ibu bapa

buat umrah

Sepanjang membina namanya dalam karier seni, Alif Satar, 27, dilihat bersih daripada sebarang cerita sensasi.

Sejak muncul dalam program realiti One In A Million (OIAM) ketika berusia 16 tahun hinggalah berstatus suami dan bapa kepada dua anak, Alif ‘bersih’ gosip serta meniti populariti dengan bersandark­an bakat.

Mengetenga­hkan bakat sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara, kini dia mampu tersenyum puas.

Tempoh 11 tahun dilalui Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar dalam memperjuan­gkan bakat dan nasibnya berjaya dilalui dengan lancar walaupun berliku.

Mengulas mengenai momentum perjalanan kariernya yang kini dijulang populariti, Alif berkata, inilah berkat tidak jemu berusaha.

“Saya menceburi seni kerana minat dengan impian ingin mengetenga­hkan bakat yang ada dalam diri.

“Selama 11 tahun saya tidak jemu berusaha dan hasilnya dalam dua tahun ini saya berjaya berada pada tahap sekarang.

“Dari tahun lalu hingga kini, saya berasa puas dan gembira kerana apa yang sudah diusaha membuahkan hasil,” katanya.

Alif berkata, di atas kurniaan rezeki itu, dia sedar ia juga berkait rapat dengan berkat doa ibu bapa, isteri dan keluarga.

Justeru, tahun lalu dengan limpahan rezeki diperoleh, Alif ke Makkah mengerjaka­n umrah buat kali pertama bersama isteri tercinta, Sha Dila Halid.

Namun, kali ini Alif yang mendapat peluang kedua menjadi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia