Harian Metro

‘Keserasian kekuatan kami’

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Kunci utama kejayaan terutama untuk kumpulan muzik adalah keserasian. Namun begitu, bukan perkara mudah membentuk keserasian.

Bagi Joe atau nama sebenarnya, Abdul Zamin Kadir, 48, setahun bersama Prime Domestic, gabungan mereka mula serasi.

“Keserasian penting dan tidak boleh dipandang ringan meskipun semua berpengala­man.

“Bagi membina keserasian, kami lakukan beberapa persembaha­n kecil sebagai pemanas badan sebelum ke pentas lebih besar bulan depan,” kata bekas anggota kumpulan Wings itu.

Kata Joe, gabungan ahli berpengala­man dalam Prime Domestic adalah kekuatan utama mereka membina nama pada masa depan.

Selain Joe, Prime Domestic turut dianggotai Aweera (bekas vokalis kumpulan Mojo), gitaris legenda Hillary Ang, Gee (pemain bass) dan Ainoll (dram).

Keserasian Joe dan

Hillary bukan hal baru kerana mereka berdua sudah bekerjasam­a dalam beberapa konsert skala besar sejak lebih dua dekad lalu.

Gitaris utama itu mengakui mereka berada di jalan betul kerana semua ahli bukan orang baru.

Kemampuan terbaik dibuktikan sebelum ini proses pengenalan kumpulanny­a kepada peminat muzik rock tempatan tidak mengambil masa lama.

“Saya percaya dengan kualiti vokal Aweera. Sebagai anak muda, dia mempunyai bakat luar biasa dan berupaya bekerjasam­a untuk sama-sama menaikkan Prime Domestic,” kata Joe ringkas.

Dipuji pemuzik otai, Aweera bersyukur kerana diberi kepercayaa­n dan pujian sebegitu rupa.

Katanya, banyak pengalaman dan ilmu baru dipelajari sejak bergelar anggota Prime Domestic.

Aweera akui ketika bersama Mojo, impak diterima tidak sehebat ini dan lebih dikenali sebagai penyanyi solo.

Bekas finalis program realiti One In A Million musim ketiga itu merindui menjayakan persembaha­n bersama kumpulan muzik.

“Ini pengalaman pertama dan terbesar buat saya. Ini juga impian saya (konsert) dan ditambah pula berganding­an dengan Joe dan Hillary, dua nama besar dalam rock tanah air.

“Biarpun tugas ini agak berat, saya sudah buat persiapan rapi terutama menjaga stamina agar persembaha­n pada malam itu adalah yang terbaik pernah saya lakukan,” kata Aweera.

Kumpulan itu bakal mengadakan konsert Public Distortion 2017 bersama XPDC pada 9 Disember ini di Oasis Square, Ara Damansara, Selangor.

Biarpun, XPDC sudah berpecah kepada dua ‘puak’, mereka memilih gabungan Izo, Ali, Lola dan Eddie untuk bersama kali ini.

Kolaborasi dua kumpulan ini bakal mencipta sejarah dalam genre rock tanah air. Selain memilih mengadakan persembaha­n di tempat terbuka, sistem audio baru turut diperkenal­kan.

Selepas konsert, album pertama mereka diberi nama Prime Domestika akan dilancarka­n pada bulan depan memuatkan 10 lagu baru iaitu Ilusi Intonasi (instrument­al), Lu Baca Sendiri, Malam XXXlll, Kurnia, Sidang Asap dan Ritma Irama Kita.

Tidak ketinggala­n, Satukan Impian, Sedingin Pluto, Takkan Aku Begitu dan Tekno Dewata ciptaan Joe, Hillary, Datuk M Nasir, Acap serta Boy Cliffort.

Malah album itu tidak akan dijual secara digital kerana mahu memastikan ia lebih ekslusif untuk peminat rock.

Guna sistem audio keliling

Kebanyakan konsert sebelum ini menggunaka­n sistem bunyi stereo.

Namun, Prime Domestic mengambil langkah berani menggunaka­n sistem audio keliling yang biasanya digunakan ketika menonton wayang.

Joe berkata, cadangan dibuat pihak kotraktor pembekal sistem bunyi tersebut berjaya menarik perhatian mereka. Ditambah pula kesesuaian lokasi konsert itu sendiri memberi kelebihan untuk merealisas­ikan teknologi baru yang sekian lama digunakan konsert mega negara asing.

“Sistem bunyi ini selalunya digunakan dalam panggung wayang untuk memberi kesan luar biasa.

“Di negara asing, sistem audio ini sudah digunakan dan terbaru konsert kumpulan rock popular

U2. Saya yakin susunan muzik yang ada mampu memberikan impak luar biasa untuk peminat nanti,” kata Joe.

Mereka akan mendendang­kan lebih 20 lagu pada malam itu termasuk enam lagu baru yang dipetik menerusi album Prime Domestika yang bakal dilancarka­n kelak.

Selain itu, beberapa lagu penyanyi lain termasukla­h lagu-lagu popular Wings ciptaan Joe akan turut dipersemba­hkan dengan susunan muzik lebih hebat.

Pengunjung yang hadir boleh memilih tempat untuk menyaksika­n konsert itu nanti termasukla­h di atas bumbung deretan restoran dan pejabat yang ada di sekeliling tapak konsert.

Tiket dijual dengan harga RM68 dan RM200. Bagi yang membeli lebih awal, mereka boleh menempah album Prime Domestika dan beberapa cenderahat­i lain.

Prime Domestic bakal adakan konsert bersama XPDC pada 9 Disember

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia