Harian Metro

Keena suka hias ringkas

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Ruang tamu lapang bukan saja mudah dikemas, juga untuk kucing bermain

Meskipun sibuk bekerja, waktu rehat di rumah juga perlu diambil kira. Apatah lagi, jika ada haiwan peliharaan.

Pelakon dan penyanyi, Keena Mentor, 30, gemar meluangkan masa bersama kucing kesayangan.

Selain melayan kerenah haiwan kesayangan­nya itu, Keena atau Suriana Abdul Wahab gemar menunggang motosikal.

Berkunjung ke kediaman Keena baru-baru ini, pelakon drama Bukan Isteri Sempurna ini mendedahka­n mempunyai enam kucing.

“Saya anak bongsu dalam keluarga jadi tiada adik untuk dimanja. Maka, kucinglah jadi pengganti.

“Saya sangat memanjakan kucing-kucing saya. Malah saya tidak peduli berbelanja besar untuk kucing.

“Lagipun, melihat aksi comel kucing dapat meredakan tekanan kerja,” katanya.

Disebabkan memelihara kucing, Keena selesa menatarias kediaman dengan konsep ringkas.

“Saya suka ringkas kerana senang nak kemas. Lagipun, bila bela kucing ruang tamu tak boleh terlalu padat.

“Ruang tamu memadai ada sofa saja. Kucing senang nak bermain dan berlari-lari dalam rumah bila dilepaskan daripada kandang,” katanya.

Berbicara mengenai aktiviti bermotosik­al, Keena berkata, dia lebih suka kenderaan itu berbanding kereta.

“Saya memang akan ke mana-mana dengan motosikal termasuk ke lokasi penggambar­an drama.

“Bagi saya, menunggang motosikal lebih cepat sampai ke lokasi dan tidak perlu berhadapan kesesakan jalan raya.

“Apatah lagi, saya rasa lebih puas,” katanya yang memiliki Virago 535.

Keena yang pernah menyertai Mentor musim ketiga pada 2009 menjelaska­n, kucing dan motosikal adalah keutamaann­ya selain keluarga dan kerjaya.

“Terus terang, kucing dan motosikal sangat penting buat saya. Andai tak ada kedua-duanya, hidup rasa sunyi dan saya pasti mati akal,” katanya.

Mengulas soal keselamata­n di jalan raya, Keena berkata, dia yakin jika mematuhi undangunda­ng tidak perlu bimbang.

“Semuanya bergantung pada diri sendiri. Jika bijak mengatur waktu dan menunggang berhati-hati pasti selamat,” katanya.

Tambah Keena, selain itu perlu banyak berdoa dan minta perlindung­an daripada Allah SWT sebelum menunggang motosikal.

 ??  ?? TATARIAS ruang tamu yang ringkas dan nampak luas.
TATARIAS ruang tamu yang ringkas dan nampak luas.
 ??  ??
 ??  ?? KEENA bermain dengan kucing kesayangan­nya.
KEENA bermain dengan kucing kesayangan­nya.
 ??  ?? PAKAI jaket dulu sebelum menunggang motosikal.
PAKAI jaket dulu sebelum menunggang motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia