Harian Metro

Menyentuh jiwa penonton

-

Assalamual­aikum dan salam sejahtera buat semua pembaca Selebriti Metro Ahad.

“Setiap degup jantung ini milik kamu.”

Ini antara ungkapan keramat dalam filem pertama lakonan adik, Pinjamkan Hatiku yang akan ditayangka­n seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei mulai 30 November ini.

Melihat penerimaan awal dan maklum balas positif penonton pada malam gala filem Selasa lalu, ia seperti memberi satu harapan kejayaan buat adik.

Secara tidak langsung menunjukka­n filem arahan Osman Ali ini sememangny­a sebuah naskhah yang baik dan mampu menyentuh jiwa setiap penonton.

Buktinya, adik sendiri lihat filem genre cinta romantis ini tidak perlu memaksa penonton mengalirka­n air mata dan merasai emosi yang dipikul setiap pelakon.

Adik sendiri lihat 9/10 penonton menangis ketika menonton perjalanan cerita cinta yang penuh tragis dan dramatik ini. Penuh tisu dalam panggung! Hihi.

Pinjamkan Hatiku bukan saja mengangkat kisah cinta tetapi nilai pengorbana­n yang tinggi menjadi tunjang kepada filem ini.

Jalan cerita yang berbeza, plot dan kesinambun­gan yang mungkin anda sendiri tidak jangkakan membuat semua penonton pada malam itu terkejut serta boleh sesak nafas akibat sangat meruntun jiwa.

Teknik sinematogr­afi cantik, lokasi penggambar­an sangat indah yang mempunyai maksud tersirat untuk setiap babak membuatkan filem ini bagi adik wajib ditonton.

Selain itu, pujian juga diberi kepada barisan pelakon di atas keberkesan­an watak yang dilakonkan. Alhamdulil­lah! Segala penat lelah, adik serta rakan artis, pasukan produksi, pengarah dan semua yang terbabit dalam filem ini sangat berpuas hati dengan maklum balas penonton.

Sebenarnya tak sangka adik berjaya melunaskan tanggungja­wab sebagai

Laila Safitri walaupun banyak cabaran dan pahit getir terpaksa dilalui.

Begitu juga dengan semua pelakon yang memberikan komitmen yang tinggi untuk filem ini. Tahniah semua!

Walaupun penggambar­an memakan masa lebih sebulan, namun adik harus berikan pujian kepada abang Osman kerana banyak memberi adik ruang untuk belajar dan mendalami ilmu berlakon filem.

Bukan mudah sebenarnya kerana pertama kali adik diberi peluang berlakon di layar perak sebagai heroin dan ia satu tanggungja­wab besar.

Apapun, untuk filem ini adik mengikuti kelas lakonan bersama Ogy Ahmad Daud. Wow! Satu pengalaman yang luar biasa dapat menimba ilmu dengan orang yang pernah kritik adik dalam Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) dulu.

Segala ilmu yang diturunkan adik guna pakai dicampur dengan pengalaman sendiri. Begitu juga bantuan daripada pelakon lain dan abang Osman membuatkan setiap babak dalam filem Pinjamkan Hatiku ini bermakna dan penuh emosi.

Alhamdulil­lah, adik ambil pujian kak Ogy terhadap lakonan adik ketika malam gala tempoh hari sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaik­i diri dan memberikan hasil yang terbaik. Adik boleh guna ilmu yang diperoleh itu dalam apa saja tugas lakonan dijayakan nanti.

Adik tak mahu cerita lebih lanjut, cuma berharap semoga filem ini mendapat tempat di hati peminat filem Melayu termasuk di Singapura dan Brunei.

Rata-rata artis, penerbit, pengarah, wakil media dan tetamu kehormat yang hadir pada malam gala itu memberi komen yang sangat positif dan turut berharap filem ini mendapat sambutan. Terima kasih semua yang hadir.

Harapan adik pun sama semoga filem ini akan diterima baik dan menjadi fenomena dalam industri perfileman negara. Adik yakin, filem ini tidak akan membuat penonton berasa rugi untuk menonton kerana jalan ceritanya memang lain dan sukar diagak apakah pengakhira­nnya. Percayalah, anda tak sempat nak tidur dalam panggung! Adik yakin.

Di kesempatan ini, adik ingin ingatkan penonton yang mahu menonton filem ini membawa tisu atau tuala kecil sebagai persiapan mengelap air mata. Mana tahu tudung kakak basah pula! Hihi.

Apapun, jangan sesekali cuba untuk merakam di dalam panggung wayang dan kemudianny­a muat naik di media sosial pula ya.

Hal ini pernah terjadi pada filem abang Osman, Kau Yang Satu. Tibatiba tular di Facebook disebabkan ada manusia yang tidak ada rasa tanggungja­wab kerana merakam dan kongsikann­ya di Facebook dari mula cerita sampai habis.

Negara kita ada undangunda­ng dan ini boleh dianggap sebagai jenayah siber. Jangan main-main okay! Amaran keras. Tolonglah hargai karya kita kerana bukan mudah nak menghasilk­an sebuah filem. Ia perlukan kos yang tinggi dan harapnya perkara ini tidak berlaku pada filem Pinjamkan Hatiku serta filem lain juga. Insya-Allah.

Akhir kata, adik memohon maaf kepada semua tetamu yang hadir jika ada kekurangan dan kesilapan yang dilakukan sepanjang majlis berlangsun­g. Insya-Allah, kami akan perbaiki lagi segala kelemahan itu. Mohon maaf dipinta.

Selain itu, adik juga memohon anda untuk sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarha­m

Azmir Sharim iaitu kru unit audio yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dia dalam perjalanan pulang dari set pengambara­n filem ini tahun lalu.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Amin. #MeruntunJi­wa

 ??  ?? SERASI dengan pelakon hebat Farid Kamil, Lia Natalia, Shaheizy Sam dan Normah Damanhuri.
SERASI dengan pelakon hebat Farid Kamil, Lia Natalia, Shaheizy Sam dan Normah Damanhuri.
 ??  ?? BERSAMA pengarah Osman Ali (kanan).
BERSAMA pengarah Osman Ali (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia