Harian Metro

Gaya menarik bertudung

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Dewasa ini dengan pelbagai potongan dan pilihan fabrik, selebriti yang bertudung juga tidak pernah kalah gaya.

Kini, dengan kreativiti yang ada pada pereka fesyen bahagian yang dianggap sensitif terutama dada juga boleh dilindungi dengan potongan fabrik dan tidak hanya bergantung pada tudung labuh semata-mata.

Menariknya penambahan yang dilakukan menjadikan busana tidak kelihatan janggal malah ia bagaikan aksesori tambahan sekali gus membuatkan penampilan selebriti semakin menyerlah.

Tampil sopan, ia sedikit pun tidak membataska­n selebriti yang berhijab ini untuk kelihatan anggun apabila menjayakan acara karpet merah.

Pengacara rancangan Nona TV3, Uyaina Arshad bergaya dengan gaun labuh warna jingga dengan fabrik berhias labuci corak abstrak.

Menampakka­n penampilan­nya lebih sopan bahagian pinggang dihias dengan peplum setengah dan tambahan fabrik warna sedondon pada bahagian belakang.

Sederhana tetapi nampak ayu, penyanyi Wany Hasrita memilih gaun labuh dengan potongan kain ala duyung. Hiasan renda di bahagian lengan hingga pergelanga­n tangan juga kain menutupi dadanya menjadi titik tumpu kepada keseluruha­n gaya.

Pelakon dan penyanyi Aisha Hasna memilih gaun kain duyung dengan warna kuning lembut. Bersalut renda Perancis penuh, penampilan­nya nampak mahal. Gancu halus sedondon warna tudung menjadi tarikan pada keseluruha­n gaya.

Pelakon Ummi Nazeera gemar tampil dengan busana hitam, dan kali ini dia memilih warna sama daripada tudung hingga ke kain. Bagaimanap­un, potongan peplum pada baju menyerlahk­an busana yang dipakai,

Pengacara Dayah Yunus membuktika­n seseorang selebriti itu masih lagi boleh bergaya manis dan sopan walaupun dalam persalinan separa ranggi. Memilih gaun labuh dipadankan dengan jaket terbuka di bahagian tangan membuatkan penampilan­nya nampak unik.

Ditambah dengan tas tangan kotak warna sedondon dengan jaket menarik perhatian mata yang memandang.

 ?? FOTO ?? WANY HASRITA
FOTO WANY HASRITA
 ??  ?? AISHA HASNA
AISHA HASNA
 ??  ?? UMMI NAZEERA
UMMI NAZEERA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia