Harian Metro

Julien teruja temu Juliana

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Bakat baru, Julien Buteau menganggap tawaran menjayakan watak utama drama web Mata Cinta di samping pelakon popular Juliana Evans bagai bulan jatuh ke riba.

Karier jejaka berdarah Perancis-Cina itu bermula sebagai model dan pernah muncul dalam beberapa iklan televisyen sejak dua tahun lalu.

Julien kemudian dihubungi pihak produksi untuk menjalani uji bakat. Beberapa hari kemudian ,jejaka berusia 23 tahun itu sekali lagi diminta hadir untuk sesi bacaan skrip.

Berjaya mendapatka­n watak sebagai Aniq Anaqi, dia mengalami kesukaran untuk merealisas­ikan babak menangis. Selain itu, Julien tidak fasih bertutur bahasa Melayu.

“Selain babak air mata, bahasa juga cabaran besar saya dalam drama ini. Saya banyak bertutur dalam bahasa ini dengan orang sekeliling agar sebutan tidak terlalu pelat.

“Kalau diberikan peluang untuk berlakon dalam mana-mana cerita Melayu selepas ini pun saya akan cuba. Sebenarnya, cabaran itu perlu ada kerana ia dapat membuatkan kita menjadi pelakon lebih baik,” katanya.

Julien tidak menafikan, paras rupa antara elemen penting untuk menambat jiwa penonton. Bagaimanap­un, dia percaya bakat lebih dipandang.

“Tidak dinafikan, perwatakan menarik akan membuatkan seseorang itu lebih mudah mendapat perhatian. Bagaimanap­un, untuk memastikan mereka akan terus menyokong dan menonton lakonan kita adalah dengan membuktika­n kemampuan diri.

“Saya ingin mencuba pelbagai watak kerana mahu menunjukka­n kebolehan saya untuk melakonkan karakter lain. Luaran tidak selamalama­nya kekal. Bakat kita yang akan menentukan masa depan sebagai anak seni,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai gandingann­ya dengan Juliana, dia melihatnya sebagai satu penghormat­an.

“Saya tahu dia nama besar dalam industri seni. Saya beruntung kerana dapat menjadi heronya dalam Mata Cinta. Walaupun saya orang baru, dia sangat merendah diri dan banyak membantu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia