Harian Metro

Pasti tak lena tidur

-

Jadi, apabila munculnya rendisi baru ini, perkara pertama bermain di minda adalah, adakah ia lebih baik dari segi jalan cerita atau sekadar sebuah lagi pembikinan semula dengan perincian teknologi perfileman baru?

Ternyata soalan berkaitan hilang begitu saja saat menontonny­a. Pengarahny­a berjaya menjadikan filem ini sebagai filem seram terhebat pernah dihasilkan dalam sejarah pembikinan filem seram Indonesia dekad ini.

Filem ini mempunyai sinematogr­afi yang hebat, jalan cerita yang lebih mantap, plot ‘twist’ yang menarik dan paling penting, mengembali­kan emosi takut peminat yang pernah menonton filem itu tiga dekad lalu.

Bukan itu saja, solekan khas, permainan lakonan dan runut bunyi filem ini turut berada di tahap tersendiri.

Joko tidak saja bergantung pada kejutan melalui teknik ‘jump scare’, malah mengadun elemen seram dengan baik.

Bercakap di sisi lakonan, watak Ian (lakonan M Adiyat) dan Bondy (Nasar Annuz) menarik untuk ditonton. Dialog mereka berjaya mengundang simpati penonton.

Tidak ketinggala­n watak Rini (Tara Basro) yang berjaya mengemudi tanggungja­wab untuk menjaga keluargany­a daripada diganggu roh ibunya.

Babak paling memberi kesan ialah cara Joko menakutkan penonton menggunaka­n hantu ibu memberitah­u sesuatu kepada Toni di dalam bilik tidur.

Pengabdi Setan mengenai sebuah keluarga yang bersatu dan bertegas memberitah­u roh ibu mereka supaya tidak mengambil nyawa adikberadi­k mereka.

Jika anda mahukan cerita seram yang mampu membuatkan anda tidur tidak lena, rasanya filem ini adalah terbaik setakat ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia