Harian Metro

Tonton Bajrangi Bhaijaan sekali lagi

-

Filem Bollywood mempunyai kelompok peminat tersendiri di Malaysia. Malahan, karya Bajrangi Bhaijaan mendapat maklum balas positif ramai penonton.

Menerusi saluran

Astro Citra (131), naskhah ini ditayangka­n lagi pada jam 3 petang hari ini. Filem ini dibintangi Salman Khan, Harshaali Malhotra, Nawazuddin Siddiqui dan Kareena Kapoor.

Filem ini dimulakan dengan memaparkan keluarga kanak-kanak bernama Shahida di kawasan pergununga­n di Pakistan. Sejak kecil lagi, Shahida tidak pernah mengeluark­an suara.

Keluargany­a membuat keputusan untuk membawa Shahida ke satu tempat suci di India. Niat mereka adalah untuk berdoa agar Shahida boleh bercakap seperti kanak-kanak lain.

Dalam perjalanan pulang dari India, kereta api yang dinaiki bersama ibunya terpaksa berhenti seketika kerana mengalami kerosakan. Shahida yang ternampak seekor kambing tersepit turun dari kereta api.

Ketika cuba membantu kambing terbabit, kereta api bergerak. Shahida cuba mengejar tetapi tidak dapat menjerit memanggil ibunya.

Tidak lama selepas itu, sebuah kereta api kargo tiba. Ia membuka harapan kepada

Shahida untuk pulang ke pangkuan keluarga. Malangnya, kereta api berkenaan berpatah balik ke India.

Di India, dia bertemu dengan Pawan Kumar yang baik hati dan sangat taat pada agamanya. Mengetahui Shahida berseorang­an di India, dia memutuskan untuk menyatukan semula Shahida dengan keluargany­a di Pakistan.

Namun, Pawan berhadapan dengan beberapa masalah seperti ketiadaan passport dan tidak tahu kampung Shahida. Pawan kemudian mengambil keputusan untuk menyeberan­gi sempadan India-Pakistan secara haram dengan bantuan penyeludup.

Cabarannya tidak terhenti di situ, Pawan dituduh sebagai pengintip India dan diburu polis Pakistan.

Bagi peminat setia filem Bollywood, jangan ketinggala­n menonton karya hebat ini.

 ??  ??
 ??  ?? NADIA AQILAH
NADIA AQILAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia