Harian Metro

Dua tahun dua trofi

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Zaira terharu terima anugerah berprestij daripada Presiden India

Dua tahun menceburi bidang lakonan di Bollywood, bakat Zaira Wasim, 17, mendapat pujian ramai.

Apatah lagi, filem lakonannya iaitu Dangal dan Secret Superstar berjaya menambat hati penonton.

Menerusi Dangal,

Zaira meraih trofi

Pelakon Pembantu

Terbaik di Anugerah

Filem Kebangsaan 2016. Menjayakan watak atlet wanita terkenal Geeta Phogat, lakonan Zaira amat menyentuh hati.

Tahun ini, Zaira tampil pula dengan filem Secret Superstar arahan Advait Chandan yang turut dibintangi Aamir Khan.

Sekali lagi, Zaira melakar sejarah manis apabila mendominas­i Anugerah Pelakon KanakKanak Terbaik Kebangsaan untuk Pencapaian Luar Biasa di Anugerah Filem Kebangsaan 2017.

Anugerah berprestij itu diterima Zaira daripada Presiden India, Shri Ram Nath Kovind dalam majlis yang berlangsun­g di New Delhi, India baru-baru ini.

Zaira ketika berucap, menzahirka­n rasa terharu dengan pengiktira­fan hebat dan sangat bermakna buatnya itu.

“Cukup istimewa apabila saya dipilih untuk menerima anugerah ini. Ia menjadi peniup semangat saya untuk terus berusaha dan bekerja lebih gigih lagi.

“Apatah lagi, semangat positif yang saya kongsi mampu memberikan kebaikan kepada wanita, remaja dan kanak-kanak untuk mengejar kejayaan,” katanya.

Menurut Zaira lagi, dia berbanyak terima kasih dengan kasih sayang yang diberikan masyarakat terhadapny­a.

Anugerah Kanak-Kanak Terbaik Kebangsaan untuk Pencapaian Luar Biasa diberikan kepada individu yang mempunyai kebolehan hebat dalam akademik, kebudayaan, kesenian dan sukan.

Penerima anugerah ini terdiri daripada kanakkanak berusia lima tahun hingga remaja 18 tahun.

Dalam Secret

Superstar, Zaira melakonkan watak

Insiya Malik yang tekad mengejar impian bergelar penyanyi.

Meskipun sedar perlu berdepan banyak cabaran, gadis berusia 14 tahun itu tidak pernah gentar atau berputus asa.

Kecekalan hati Insiya dianggap inspirasi yang baik untuk disuntik ke dalam jiwa kanak-kanak.

“Tidak dinafikan, bukan mudah nak berjaya dalam hidup ini. Kita perlu berusaha walaupun perit.

“Saya menyerapka­n semangat saya ke dalam watak Insiya,” katanya.

Filem Secret Superstar mula ditayangka­n di

India pada 19 Oktober lalu sempena sambutan Deepavali.

Kini, filem yang mengangkat perjuangan remaja mengejar cita-cita ini sudah ditayangka­n di seluruh dunia

Ia karya terlaris di

India apabila mencatat kutipan pecah panggung di seluruh dunia.

Selain Zaira dan Aamir, filem ini turut dijayakan Raj Arjun serta Meher Vij.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia