Harian Metro

Makanan halal banyak

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Said berasal dari Korea Selatan tertarik dengan

perbankan Islam

Pisang goreng, sate ayam, nasi lemak rendang ayam, nasi himpit dan serunding antara menu Malaysia pertama pernah dijamah Yu Hyun Il atau Said Yusuf yang disediakan kenalannya rakyat tempatan.

Kesukaran mencari makanan halal di tanah air sendiri, saudara baru ini berkata, Malaysia menyajikan variasi menu unik dan istimewa, sekali gus memudahkan pencarian makanan halal.

Memeluk Islam pada 2006 rentetan tragedi 9/11, lelaki berasal dari Korea Selatan ini mengakui setiap kali pulang ke tanah airnya, dia lebih merindui makanan Malaysia berbanding perkara lain.

Kali pertama anda berkunjung ke Malaysia dan tujuannya?

Kunjungan kali pertama saya ke Malaysia pada 2005 tetapi ia bukanlah lawatan sebenar kerana saya hanya berada di Johor Bahru selama dua jam sebelum pulang ke Korea Selatan.

Ketika itu, saya bercuti bersama adik menerusi pakej percutian ke Singapura, Pulau Batam, Indonesia dan Johor Bahru, Malaysia.

Kunjungan sebenar pada 2011 sebaik saya diterima masuk ke Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) bagi program sarjana dalam bidang perbankan Islam.

Tamat pengajian sarjana, kini saya merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat doktor falsafah di universiti yang sama pada Januari depan.

Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum ke sini?

Oleh kerana bidang yang saya pelajari di Korea Selatan dan Kuwait berkaitan pengajian ekonomi Arab dan Malaysia, negara ini bukanlah sesuatu yang asing buat saya.

Saya menerima pendedahan awal mengenai Malaysia termasuk kepelbagai­an penduduk, agama, budaya, sejarah, isu politik dan ekonominya.

Tertarik dengan bidang perbankan Islam, saya membuat kajian mengenai pilihan universiti dan negara terbaik untuk mendalami ilmu ini.

Malaysia dan Brunei antara dua negara menjadi pilihan saya. Selepas penyelidik­an dibuat, saya mendapati Malaysia lebih popular dalam perbankan Islam, justeru saya memilih untuk ke sini.

Cabaran yang anda lalui sepanjang berada di Malaysia?

Saya tidak mempunyai masalah sepanjang berada di sini. Saya mempunyai kenalan dari Malaysia yang melanjutka­n pengajian ke Korea Selatan tidak kedekut berkongsi maklumat menarik berkaitan negara ini.

Semasa di universiti, saya mempelajar­i bahasa Malaysia baku.

Ini menjadi satu pengalaman yang kelakar buat saya kerana di sini, penduduk lebih gemar menggunaka­n bahasa pasar berbanding bahasa baku.

Sebagai contoh, ‘awas’ yang jarang digunakan dalam perbualan sebaliknya digantikan dengan penggunaan perkataan ‘hatihati’.

Oleh kerana saya menggunaka­n bahasa baku, ramai tersalah anggap saya berasal dari Indonesia.

Pengalaman menarik yang anda ingin kongsikan?

Bagi saya, rakyat

Malaysia sangat baik dan mesra membuatkan saya seronok berada di sini. Berada di Malaysia memberi kelebihan kepada saya untuk berkunjung ke negara Asia Tenggara berdekatan.

Di sini, saya tidak mempunyai masalah mencari makanan halal berbanding di Korea Selatan. Lebih menarik, di sini terdapat pelbagai pilihan makanan halal.

Saya juga tertarik dengan konsep rumah terbuka ketika perayaan. Rakyat Malaysia sangat terbuka dan mesra menerima tetamu yang berkunjung, malah mereka saling mengenali dengan jiran tetangga.

Lokasi pilihan anda? Kuala Lumpur kerana ia sibuk seperti Seoul.

Sajian tempatan kegemaran anda?

Nasi campur, tempe, pucuk ubi, ulaman bersama sambal, gulai siput sedut dan jantung pisang.

Malaysia di mata anda? Malaysia menyediaka­n fasiliti pembelajar­an yang sangat baik. Di sini, saya mempelajar­i bahasa Inggeris dan pelbagai bahasa lain yang boleh dikuasai.

 ?? FOTO: ??
FOTO:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia