Harian Metro

Pencinta kucing pasti teruja

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Cat Signature Cafe sedia masakan Thai dengan suasana

ciri hipster

Cat Signature Cafe & Studio di Bandar Baru Bangi, Selangor, menampilka­n konsep kafe unik apabila medan sajian dan studio kucing ditempatka­n dalam satu bangunan.

Kafe hipster berkenaan menyajikan hidangan Thai tampil kreatif dengan tema dekorasi mesra kucing bagi menghiasi segenap ruangnya.

Tidak menjemukan, masa terluang pengunjung ketika menjamu selera diisi dengan mengunjung­i studio kucing terletak di tingkat atas kafe berkenaan dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM7 buat kanak-kanak bagi tempoh 45 minit.

Mengenai sajian menarik ditawarkan kepada pelanggan, tomyam serta sup Thai daging antara hidangan wajib dicuba ketika mengunjung­i kafe itu. Harga sajian bermula RM7.50 untuk semangkuk mi Thai bersama sup daging.

Bagi penulis, ia sungguh berpatutan dengan kualiti serta keenakan sajian dihidangka­n.

Menurut pengurusny­a, Aliff Danial Zaki, kafe berkenaan beroperasi dari jam 11 pagi hingga jam 11 malam juga mempunyai hidangan istimewa tersendiri.

“Cat Signature Cafe & Studio dibuka awal tahun popular dengan sajian Thai antaranya mi daging Thai yang menggunaka­n mi kaca atau mi Thai bersama sup daging direneh dengan rempah khas serta pilihan sayur ringkas.

“Dalam senarai pilihan 30 menu ditawarkan, set hidangan Selkirk merangkumi nasi putih, tomyam campur dan telur goreng adalah sajian ‘signature’ juga mendapat sambutan pelanggan di sini.

“Inspirasi sajian terbabit daripada baka kucing dikenali Selkirk Rex yang bulunya kerinting berpintal milik tuan punya kafe ini iaitu Datin Seri Nur Syafira Mohd Zain.

Lebih 30 kucing dipelihara Nur Syafira di sini dan ada antara baka ini namanya dipetik untuk menjadi nama menu.

“Terbaru kami tampilkan daging dan ayam bakar bersama pencecah khas. Selain makanan, minuman kami juga popular terutama teh Thai serta bandung,” katanya.

 ??  ?? ALIFF bersama sajian menarik Cat Signature Cafe. CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO
Lokasi: Jalan 8/36,
Bandar Baru Bangi, Selangor
Sajian: Makanan Thai Konsep kafe: Hipster dan studio kucing
Waktu operasi: Jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali...
ALIFF bersama sajian menarik Cat Signature Cafe. CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO Lokasi: Jalan 8/36, Bandar Baru Bangi, Selangor Sajian: Makanan Thai Konsep kafe: Hipster dan studio kucing Waktu operasi: Jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari kecuali...
 ??  ?? HIDANGAN minuman di kafe.
HIDANGAN minuman di kafe.
 ??  ?? HIDANGAN ‘taruhan’ set nasi putih bersama tomyam dan telur Selkirk.
HIDANGAN ‘taruhan’ set nasi putih bersama tomyam dan telur Selkirk.
 ??  ?? MENU terbaru.
MENU terbaru.
 ??  ?? RASALAH pencecah khas.
RASALAH pencecah khas.
 ??  ?? HIASAN comel bertema kucing di dalam kafe.
HIASAN comel bertema kucing di dalam kafe.
 ??  ?? MI khusus dipanggil mi Thai.
MI khusus dipanggil mi Thai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia