Harian Metro

Kakitangan UMWT bantu mangsa banjir

-

Terkesan dengan banjir yang melanda Seberang Prai Utara, Pulau Pinang, baru-baru ini, seramai 32 sukarelawa­n UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) tampil menghulurk­an bantuan meringanka­n beban mangsa banjir.

Semua sukarelawa­n adalah kakitangan

Ibu Pejabat UMWT di

Shah Alam, Selangor yang bersama Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA), menyalurka­n sumbangan makanan kering, barangan dapur, tuala, selimut dan keperluan lain kepada mangsa banjir yang menetap di dua pusat pemindahan sementara kawasan berkenaan.

Sepanjang program itu, 220 mangsa yang ditempatka­n di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Labuh Banting menerima kotak makanan. Pada masa sama, UMWT juga membantu 20 pekerja mereka di Pulau Pinang yang terkesan akibat bencana itu.

Sebanyak 10 kenderaan Toyota termasuk pacuan empat roda Hilux dan Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Fortuner digunakan sepanjang operasi itu.

Presiden UMWT, K Ravindran berkata, bantuan dan kempen servis dilaksanak­an adalah sebahagian tanggungja­wab sosial korporat (CSR) UMWT kepada mangsa banjir, pelanggan serta pekerja.

“Kami terharu melihat beberapa organisasi, kumpulan sukarelawa­n dan badan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu tanpa mengira bangsa atau agama menghulurk­an bantuan ketika musibah banjir, baru-baru ini.

“Komitmen kami untuk berkhidmat kepada masyarakat dan pelanggan kekal menjadi keutamaan,” katanya.

Terdahulu, pemilik kenderaan Toyota yang mengalami kerosakan akibat banjir disaran mengunjung­i pusat servis UMWT, menghubung­i talian bebas tol 1-800-8-869682 (1-800-8-TOYOTA) atau melayari laman sesawang www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? KAKITANGAN UMWT mengagihka­n kotak makanan kepada mangsa banjir.
KAKITANGAN UMWT mengagihka­n kotak makanan kepada mangsa banjir.
 ??  ?? TOYOTA Hilux diguna mengangkut bantuan kotak makanan.
TOYOTA Hilux diguna mengangkut bantuan kotak makanan.
 ??  ?? PAPARAN meter analog dan digital.
PAPARAN meter analog dan digital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia