Harian Metro

ARU HYUNDAI ELANTRA

-

pemanduan iaitu Sport, Eco dan Normal.

Ruang dalamannya pula lebih sporty dengan susun atur papan pemuka yang kemas, panel meter lebih bergaya, selain sistem pendingin hawa dwizon automatik. Penumpang belakang juga ditawarkan corong pendingin hawa di bahagian konsol tengah.

Namun, keadaan sedikit di luar kebiasaan apabila balutan kerusi dan panel pintu daripada kulit bewarna merah kelihatan agak janggal tetapi gabungan warna hitam tampak lebih eksklusif.

Binaan luaran pula, gril hadapan lebih garang dengan jalur melintang tertera lencana ‘turbo’, menyerlahk­an DNA sebenar jentera.

Lampu nyalaan siang ditempatka­n berasingan bersama perumah krom berbentuk-C di kedua-dua sisi bampar.

Lampu hadapan adalah HID, manakala lampu belakang jaluran LED membentuk seakan huruf C.

Bampar belakang didatangka­n bersama diffuser menempatka­n salur ekzos berkembar.

Antara ciri keselamata­n standard bagi varian ini termasukla­h enam beg udara, Sistem Brek AntiKunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Kawalan Mendaki (HAC), Sistem Bantuan Brek (BAS), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM) dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Ciri lain termasuk Sistem Kemasukan Pintar dengan butang penghidup enjin, pedal shifter, pengelap cermin automatik bersama pengesan hujan dan pengesan titik buta dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Dengan harga diletakkan bermula RM131,488 (tanpa insurans), sebanyak tujuh warna ditawarkan.

Nilai ini jauh lebih rendah berbanding model segmen C berenjin turbo lain dan percayalah, ini adalah kenderaan yang seronok untuk dipandu serta berbaloi dimiliki.

HYUNDAI ELANTRA 2.0 EXECUTIVE

Varian yang lebih bersifat ‘kekeluarga­an’ ini juga tidak mengecewak­an walaupun didatangka­n dengan kuasa enjin yang lebih rendah berbanding varian 1.6 Sport.

Nadi Nu 2.0L MPi menawarkan kuasa 152 PS pada 6,200 rpm, sementara daya tork 192 Nm pada 4,000 rpm.

Gaya pemanduan kali ini lebih santai apabila banyak digunakan untuk berulangal­ik ke pejabat dengan mengharung­i kesesakan jalan raya kronik terutama ketika waktu puncak.

Model pandu uji varian ini lebih menarik dengan warna putih solid yang menampakka­n setiap susuk kereta, sudah pastinya mendapat perhatian ramai. Walaupun saiz dan reka bentuk hampir sama dengan varian 1.6 Sport, masih terdapat perbezaan yang tidak ketara.

Varian Executive menerima gril hadapan dengan serlahan krom meliputi jalur sekeliling dan lampu kabus bersama kemasan perumah berbentuk C. Perbezaan ketara adalah lampu nyalaan siang yang terletak di dalam perumah utama selain penggunaan projektor halogen. Bahagian belakang juga tidak dibekalkan dengan diffuser menjadikan varian ini mudah dikenali.

Ruang dalamannya berbeza dengan varian 1.6 Sport apabila balutan kerusi adalah gabungan suede dan kulit dengan serlahan benang merah.

Kemasan ini (suede) juga menghiasi panel pintu, manakala tombol gear dan stereng pelbagai fungsi dibaluti kulit bersama jahitan benang merah.

Sepanjang tempoh pandu uji, keselesaan dialami adalah terbaik dan sesuai untuk golongan eksekutif muda sebagai kenderaan berulang-alik ke pejabat atau menghadiri tugasan di luar kota.

Kualiti material digunakan untuk ruang dalaman ini tidak jauh bezanya dengan model dari Jepun atau Eropah. Namun, sistem pendingin hawa manual dengan butang agak kecil dan jauh di sudut kiri papan pemuka menyukarka­n penulis mencapainy­a.

Penumpang belakang masih menerima corong pendingin hawa pada konsol tengah, manakala ruang barang perehat tangan menempatka­n port USB untuk mengecas gajet.

Model ini juga menerima teknologi Sistem Kemasukan Pintar dengan butang penghidup enjin, cermin pandang belakang malap automatik, kamera undur selain sistem infotainme­n dengan skrin sesentuh tujuh inci dan sambungan Bluetooth, CarPlay dan Android Auto.

Ciri keselamata­n pula, semua varian hadir dengan ABS, ESC, HAC, BAS, VSM dan enam beg udara.

Menyingkap aspek prestasi, penulis tidak berkesempa­tan menguji jentera ini di lebuh raya, namun sudah pasti sistem gantungan ringkas McPherson pada roda hadapan dan Tubular Beam pada roda belakang tidak mungkin menyamai talaan pada varian 1.6 Sport. Bagaimanap­un, keduadua sistem gantungan ini menjalanka­n tugas dengan baik menyerap segala lekuk di jalan raya.

Kuasa enjin 2.0 liter dibekalkan cukup berkuasa tanpa sebarang rasa terbeban.

Kenderaan ini sesuai untuk keluarga kecil atau eksekutif muda yang mahukan kenderaan lebih praktikal, berkuasa dan lain daripada kebiasaan.

Dijual pada harga RM116,388 (tanpa insurans), tujuh warna ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 300,000 kilometer.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ENJIN Gamma 1.6T-GDi berkuasa.
ENJIN Gamma 1.6T-GDi berkuasa.
 ??  ?? RUANG but yang luas.
RUANG but yang luas.
 ??  ?? ma.
ma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia