Harian Metro

SKUTER ALA MOTOGP Wajah sporty

-

Sebagai model paling laris dalam segmen kapasiti rendah di Malaysia, Honda Wave Alpha diberi sentuhan warna baru Merah Sinar untuk tampil lebih sporty.

Dipadankan dengan enjin empat lejang 110 cc OHC penyejukan udara dengan transmisi jejaring tetap empat kelajuan dan kapasiti bahan api 3.7 liter serta penghidup automatik sebagai ciri standard.

Ia juga dilengkapi dengan ekzos sporty, pemegang belakang selesa, brek cakera, panel meter dan pelindung kaki bergaya bagi model tahun 2017.

Timbalan Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd, Datuk Wira Tan

Hui Jing berkata, pengenalan warna baru yang diasaskan daripada corak perlumbaan Cabaran Honda Wave Alpha 2017 mampu menarik minat pembeli muda.

Yamaha umum dua warna

baru bagi model N-Max

“Kami berharap pengenalan model baru ini akan menjadi tambahan kepada model sedia ada serta lebih ramai pembeli untuk menyasarka­n peningkatk­an jualan sebanyak 26 peratus berbanding sebelum ini,” katanya.

Antara ciri lain seperti panel meter lebih jelas, kemudahan kotak-U luas bagi model yang mendapat pengiktira­fan kenderaan cekap tenaga (EEV) turut menawarkan penjimatan bahan api.

Suspensi depan teleskopik dan belakang berkembar untuk tunggangan lebih selesa serta tahan lasak untuk pelbagai permukaan jalan sederhana.

Untuk model terbaru ini dijual pada harga RM5,086.94 (termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) dengan tawaran dua tahun jaminan pembuatan atau 20,000 kilometer (km) yang mana lebih dulu.

 ??  ?? WARNA baru skuter Yamaha N-Max
WARNA baru skuter Yamaha N-Max
 ??  ?? CORAK baru lebih menarik.
CORAK baru lebih menarik.
 ??  ?? GAYA perlumbaan.
GAYA perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia