Harian Metro

RIUH, BERCAHAYA DAN MERIAH

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi metahad@hmetro.com.my

Lebih 3,000 pengunjung tertawan lihat 80 jentera dihiasi lampu dan sistem audio berkualiti

Kehadiran 80 kenderaan autoshow menyebabka­n perkaranga­n Kompleks Bukit Jambul, Pulau

Pinang, minggu lalu, riuh rendah dengan sistem audio bingit selain disinari pancaran cahaya sehingga menarik perhatian ribuan pengunjung.

Pelbagai jenis jentera tidak kira usia yang diubah suai lengkap bersama sistem audio dan cahaya dengan gaya tersendiri.

Ternyata suasana diwujudkan seperti satu pesta audio dengan disusuli cahaya memancar keluar daripada setiap kereta yang mengambil bahagian.

Penganjura­n Karnival Permotoran oleh Kelab Sukan Bermotor Mutiara dengan kerjasama Kompleks Bukit Jambul itu menawarkan hadiah wang tunai dan hampar keseluruha­n berjumlah RM2,000, membabitka­n 10 kategori berbeza.

Peserta dari Johor dengan jentera Proton Saga BLM modifikasi dinobat juara keseluruha­n dan membawa pulang wang tunai serta trofi.

Pengarah Operasi

Kelab Sukan Bermotor Mutiara, Khairul Ilhami Hassan, berkata program diadakan bertujuan menarik pengunjung ke kompleks di samping memberi peluang kepada peserta mempertont­onkan kreativiti masing-masing.

“Setiap jentera yang mengambil bahagian diwajibkan mempunyai sistem audio dan lampu LED, bersesuaia­n dengan tema audio dan cahaya.

“Acara dianjurkan ini bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung,” katanya.

Menurut Khairul, acara itu secara tidak langsung merapatkan silaturahi­m antara peserta.

“Ini juga membuktika­n karnival permotoran dalam acara audio dan cahaya masih mempunyai peminat tersendiri,” katanya.

Khairul berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan satu karnival permotoran mega pada tahun hadapan bagi menarik lebih ramai peminat permotoran menyertain­ya, namun belum memutuskan tarikh dan lokasi yang sesuai.

 ??  ?? ANTARA jentera yang mencuri perhatian
ANTARA jentera yang mencuri perhatian
 ??  ?? SISTEM audio dilengkapi cahaya menarik perhatian ramai.
SISTEM audio dilengkapi cahaya menarik perhatian ramai.
 ??  ?? SEBAHAGIAN jentera pameran yang menyertai Karnival Permotoran di Kompleks Bukit Jambul.
SEBAHAGIAN jentera pameran yang menyertai Karnival Permotoran di Kompleks Bukit Jambul.
 ??  ?? PEMENANG bergambar bersama trofi masing-masing.
PEMENANG bergambar bersama trofi masing-masing.
 ??  ?? PADANAN sistem audio dan cahaya mengikut kreativiti pemilik.
PADANAN sistem audio dan cahaya mengikut kreativiti pemilik.
 ??  ?? TOMBOL gear yang unik.
TOMBOL gear yang unik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia