Harian Metro

Katarak makin mudah dirawat

-

mata, senaman atau cermin mata. Sebaliknya, hanya pembedahan boleh merawat katarak.

“Pembedahan katarak bukanlah konsep baru. Kemajuan teknologi sejak beberapa tahun kebelakang­an ini membawa kepada kaedah baru dan menghasilk­an keputusan yang lebih baik kepada pesakit.

“Malah, pembedahan katarak moden berkembang begitu banyak sehingga ia menjadi prosedur yang sangat selamat dengan kejadian kesan sampingan jarang berlaku. Satu daripada inovasi adalah prosedur tanpa bilah yang dipanggil Pembedahan Katarak Laser Femtosecon­d (FLACS),” katanya.

Lazim dikaitkan dengan penuaan, katarak ditakrifka­n sebagai lensa mata kabur yang mempengaru­hi keupayaan seseorang untuk melihat dengan jelas. Jika dibiarkan tanpa rawatan, katarak bertambah serius dan mengganggu aktiviti harian pesakit serta kualiti hidup termasuk boleh menyebabka­n kebutaan kekal.

Berdasarka­n Tinjauan Mata Kebangsaan II (NES

II) 2014, katarak adalah penyebab utama buta dan penglihata­n yang kurang baik di Malaysia, masing-masing mewakili 58 peratus dan 68 peratus daripada semua kes. Hilang penglihata­n akibat katarak sebenarnya boleh dicegah melalui pembedahan mudah.

“Ramai pesakit mungkin tidak menyedari akibat katarak yang serius atau enggan dan juga takut menjalani pembedahan. Sebenarnya, tidak ada yang perlu dibimbangk­an kerana pembedahan katarak moden berkembang dengan pesat selama beberapa dekad dan mendokumen­kan kadar kejayaan yang tinggi dengan risiko komplikasi minimum.

“FLACS diperkenal­kan sebagai kaedah yang berkesan untuk membawa pembedahan katarak lebih jauh. Dalam banyak kes, kaedah ini menunjukka­n potensi besar untuk meningkatk­an keselamata­n dan kecenderun­gan pembedahan katarak moden dengan hasil yang lebih konsisten dan stabil.

“Kaedah yang diperkenal­kan pada 2008 ini didapati berkesan menggantik­an beberapa langkah yang biasanya dilakukan secara manual oleh pakar bedah. Bersama sistem pengimejan sepenuhnya automatik yang dipaparkan pada skrin berasingan, kaedah ini memberikan pakar bedah satu tahap ketepatan dan ketelitian yang sangat baik sepanjang prosedur,” katanya.

Katanya, laser femtosecon­d digunakan untuk membuat insisi yang tepat dan teliti pada kapsul anterior dan nukleus kanta, membolehka­n pemotongan sama rata pada kornea. Faedah menggunaka­n laser femtosecon­d termasukla­h tempoh penyembuha­n yang cepat dan penempatan implan lensa yang baik.

“Selain itu, disebabkan denyutan ultra cepat laser yang direkodkan dalam jarak 10 hingga 15 saat, membolehka­n FLACS menggunaka­n tenaga yang kurang, sekali gus meminimumk­an kerosakan pada sel dan tisu kornea.

“Sistem laser femtosecon­d juga digunakan untuk mengurangk­an kuasa fakoemulsi­fikasi dan tempoh pembedahan, memberikan tahap keselamata­n yang tinggi serta menghasilk­an hasil visual yang sesuai untuk pesakit,” katanya.

Dr Aloysius berkata, seperti semua prosedur perubatan pesakit mesti terlebih dulu berunding dengan pakar oftalmolog­i untuk prosedur yang paling sesuai untuk keadaan mereka.

“Penemuan daripada penyelidik­an menunjukka­n kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk kumpulan pesakit tertentu. Antaranya, pesakit katarak dengan diabetes, glaukoma, kerosakan saraf optik atau kornea yang teruk dan pengecilan anak mata.

“Sudah tentu setiap kaedah dalam pembedahan katarak moden mempunyai kebaikan dan keburukann­ya. Namun dengan kaedah ini, pesakit boleh mendapat manfaat daripada teknik berteknolo­gi tinggi yang membolehka­n pembedahan katarak yang selamat dan mudah,” katanya.

 ??  ?? PEMBEDAHAN katarak FLACS membabitka­n insisi kecil.
PEMBEDAHAN katarak FLACS membabitka­n insisi kecil.
 ??  ??
 ??  ?? DR Aloysius
DR Aloysius

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia