Harian Metro

Makin sakit lepas bedah

-

Sindrom kegagalan pembedahan tulang belakang lazim berlaku selepas tiga atau enam bulan

Saya seorang kakitangan swasta berusia 40 tahun dan mengalami penyakit cakera tergelinci­r pada awal 2010 serta sudah menjalani pembedahan. Doktor memasukkan beberapa keping besi dan skru bertujuan menstabilk­an tulang belakang. Kesihatan saya bertambah baik pada tiga bulan awal selepas pembedahan.

Selepas enam bulan, sakit pada belakang pinggang timbul semula, malah lebih teruk berbanding dulu. Saya tidak boleh berdiri atau duduk lama dan sakit akan lebih menyengat kalau berjalan. Di bahagian punggung juga terasa sakit berdenyut apabila bangun tidur atau duduk lama.

Sakit lenguh dan kebas juga terasa pada belakang paha dan betis, selain pergerakan menjadi perlahan kerana menahan kesakitan. Saya berjalan menggunaka­n tongkat kerana takut terjatuh, sebelah malam juga sukar mendapat tidur yang lena.

Sudah banyak ubat dan rawatan fisioterap­i dicuba termasuk perubatan alternatif, tapi sakit saya tetap sama. Prestasi kerja sebagai juruteknik di lapangan terjejas teruk kerana banyak mengambil cuti sakit. Majikan nasihatkan saya untuk berhenti kerja dan ini merunsingk­an berikutan mempunyai tiga anak yang masih bersekolah.

Bolehkah sakit saya ini diubati dengan kaedah rawatan ditawarkan pihak doktor? Adakah saya berpeluang untuk bekerja semula bagi mengelak diberhenti­kan?

Keadaan anda dikenali sebagai sindrom kegagalan pembedahan tulang belakang yang lazim berlaku selepas tiga atau enam bulan pembedahan. Insiden komplikasi ini antara 20 hingga 40 peratus daripada semua kes pembedahan tulang belakang.

Jika pembedahan membabitka­n kemasukan plat besi dan skru (pembedahan fusion), risiko kegagalan melebihi 50 peratus. Gagal bermakna keadaan sakit dan hilang upaya menjadi lebih teruk berbanding sebelum pembedahan. Keadaan pesakit amat malang kerana rawatan yang sepatutnya menyembuhk­an, tetapi membawa masalah yang lebih besar.

Sakit pada tulang belakang adalah penyebab utama hilang upaya dalam ka- langan pekerja dan pengeluara­n sijil cuti sakit terbanyak di seluruh dunia. Sudah pasti semua majikan tidak suka kerana sakit belakang pastinya mengurangk­an produktivi­ti.

Saya merawat ramai pesakit seperti ini yang datang dengan pelbagai punca kesakitan. Diagnosis mungkin berbeza antara individu yang mengalami sindrom ini. Hanya dengan pemeriksaa­n dapat mengenal pasti punca kesakitan dan peratusan kejayaan rawatan. Secara umumnya kebanyakan pesakit mendapat faedah daripada rawatan radiofreku­ensi atau epidurolis­is dan akhirnya mampu bekerja semula tanpa perlu diberhenti­kan.

Berdasarka­n gejala yang anda berikan, didapati punca kesakitan datangnya daripada pelbagai sumber. Besar kemungkina­n anda mengalami ketidaksta­bilan tulang belakang. Selain itu, artritis pada sendi tulang belakang, paha dan pinggul juga boleh memberi rasa sakit setiap kali anda cuba bergerak.

Contohnya penyakit artritis lumbar facet dan sendi sakroiliak selalu berlaku selepas pembedahan fusion tulang belakang. Ini berlaku kerana pembedahan itu sendiri mencetus kelainan biomekanik dan ketidaksei­mbangan pada tulang belakang dalam jangka masa panjang. Kemungkina­n lain ialah parut yang berlaku dalam ruang epidural hasil pembedahan lalu juga berpotensi menghasilk­an sakit pada pinggang yang turun ke kaki.

Biasanya melalui konsultasi dan pemeriksaa­n terperinci, saya dapat membezakan jenis sakit dan puncanya. Ini adalah penting kerana setiap jenis sakit mempunyai rawatannya secara khusus.

Contohnya rawatan suntikan radiofreku­ensi sangat efektif untuk penyakit artritis sendi facet dan sakroiliak dengan kejayaan 80 peratus, manakala rawatan baik pulih ruang epidural adalah pilihan dalam kes tertentu.

Semuanya hanya dengan kaedah suntikan, bukan pembedahan. Kebanyakan pesakit menunjukka­n respons positif selepas rawatan, malah ada yang dapat berjalan dengan yakin tanpa tongkat selepas rawatan. Secara statistik, aktiviti dan fungsi harian pesakit dapat ditingkatk­an dengan ketara jika hanya 50 peratus daripada rasa sakit dapat dikawal.

Bayangkan jika rasa sakit anda dapat dikawal hingga 80 hingga 90 peratus, di samping itu pengambila­n pil penahan sakit dapat dikurangka­n secara dramatik. Diagnosis tepat dan kaedah rawatan betul membawa kepada rawatan yang efektif jika dilakukan oleh doktor yang mahir dalam bidang pengurusan penyakit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia