Harian Metro

Pekerja temui mayat di dalam bilik hotel

-

Kota Kinabalu: Pemeriksaa­n pekerja sebuah hotel di Kampung Air, di sini, selepas puluhan ketukan pintu dan panggilan telefon yang tidak dijawab pelanggan akhirnya membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di bilik hotel berkenaan, semalam.

Pada kira-kira jam 6 pagi, beberapa pekerja hotel itu menemui mayat lelaki berusia 54 tahun itu terbaring di atas katil, lalu mereka menghubung­i polis untuk mendapatka­n bantuan segera.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam

6.25 pagi sebelum mengerahka­n sepasukan anggota dan pegawai ke lokasi terbabit.

Katanya, mangsa yang berasal dari Sandakan dan dipercayai mempunyai masalah kesihatan itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang hadir di lokasi kejadian.

“Siasatan awal di sekitar bilik mangsa mendapati tiada kesan pecah masuk dan bilik dihuninya berada dalam keadaan kemas.

“Pemeriksaa­n pada tubuh mangsa juga mendapati tiada sebarang kesan kecederaan fizikal dan tiada senjata ditemui di sekitar lokasi kejadian,“katanya, ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

 ??  ?? ANGGOTA polis membawa keluar mayat mangsa dari hotel berkenaan, semalam.
ANGGOTA polis membawa keluar mayat mangsa dari hotel berkenaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia