Harian Metro

LESEN MUDAH, MURAH

- Khalid Latip am@hmetro.com.my

JPJ mula program sekolah pertingkat kesedaran terhadap keselamata­n di jalan raya

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan memperkena­lkan Program My Lesen Kadet bagi meningkatk­an kesedaran generasi muda untuk memilik lesen selain menitikber­atkan keselamata­n di jalan raya.

Pengarah JPJ Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata, melalui program berkenaan, generasi muda khususnya pelajar sekolah akan didedahkan kepada pelbagai program bawah bimbingan JPJ.

Menurutnya, program berkenaan hanya dibuka kepada sekolah yang berdaftar dengan JPJ dan sebanyak 17 sekolah di Sarawak sudah berbuat demikian setakat ini.

“Program ini memberi keutamaan kepada pelajar yang berusia 16 tahun ke atas untuk mendapatka­n lesen dengan kos hanya RM199 dan dibimbang oleh JPJ menerusi latihan manakala modul keselamata­n.

“Dengan wujudnya program sedemikian, ia sudah pasti memberi manfaat besar tidak saja kepada pelajar, juga kepada ibu bapa yang menghadapi kekangan mengeluark­an wang yang agak banyak untuk membolehka­n anak mereka memilik lesen,“katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Khas Peringkat Daerah Meradong di sini, semalam.

Mohd Syafiq berkata, program SKSJ mula diperkenal­kan pada

2009 dan sehingga kini sebanyak 35 siri sudah dilaksanak­an di seluruh negeri dan seramai 21,283 orang sudah berjaya memperoleh lesen memandu.

“Sebagai agensi penguatkua­saan, JPJ bertindak proaktif dan menjalanka­n pelbagai inisiatif termasuk menubuhkan skuad muda 1JPJ yang kini mempunyai keahlian lebih 300,000 ahli.

“Program SKSJ juga menampilka­n pelbagai aktiviti kemasyarak­atan bagi mengeratka­n lagi hubungan antara JPJ dan orang ramai,“katanya.

 ?? FOTO ?? MOHD Syafiq (berdiri dua dari kanan) bersama penerima
lesen dalam Program SKSJ Khas daerah Meradong.
FOTO MOHD Syafiq (berdiri dua dari kanan) bersama penerima lesen dalam Program SKSJ Khas daerah Meradong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia