Harian Metro

2 lelaki dicekup curi buah terap

-

Miri: Misteri kehilangan buah terap dari sebuah kebun di Kampung Pujut Padang Kerbau, di sini, sejak akhir-akhir ini terjawab selepas dua lelaki ditahan ketika sedang mencuri buah berkenaan, petang kelmarin.

Lebih mengejutka­n, suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan pemilik kebun berkenaan ketika menjalanka­n rondaan kira-kira jam 5.30 petang.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 50-an terserempa­k dengan kedua-dua suspek yang sedang asyik mengutip buah terap di kebun itu tanpa menyedari perbuatan mereka sedang diperhatik­an.

Sumber itu berkata, pemilik kebun bagaimanap­un curiga dengan kehadiran dua lelaki yang tidak dikenali menghampir­i sebelum menahan mereka bagi pemeriksaa­n lanjut.

“Pemilik kebun berkenaan terkejut selepas menemui satu guni yang dipenuhi buah terap berhampira­n suspek dipercayai dicuri dari kebunnya.

“Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motosikal itu dipercayai baru saja memetik buah berkenaan untuk dijual di pasar berhampira­n.

“Kejadian berkenaan bukan kali pertama, tetapi sudah berlaku banyak kes kecurian buah berkenaan sebelum ini menyebabka­n pemiliknya lebih berwaspada dan menjalanka­n rondaan lebih kerap,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pihaknya belum menerima laporan polis berhubung kejadian itu.

Menurutnya, dia meminta pemilik kebun berkenaan membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? DUA lelaki yang dicekup bersama buah terap yang ditemui dalam guni.
DUA lelaki yang dicekup bersama buah terap yang ditemui dalam guni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia