Harian Metro

DAPUR HAMPIR RUNTUH

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Lima keluarga bimbang risiko tanah runtuh

Hujan sejak beberapa hari lalu menyebabka­n lima keluarga yang mendiami rumah di Kilometer 7, Jalan Melekun, di sini, hidup dalam kebimbanga­n kerana risiko berlakunya tanah runtuh, kelmarin.

Struktur tanah di bahagian belakang rumah berkenaan lemah sehingga menyebabka­n runtuhan berlaku dengan jarak kurang satu meter dari kediaman berkenaan jam 3 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah jam 3.56 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, pemantauan mendapati struktur tebing tanah di bahagian dapur rumah berkenaan sudah runtuh namun ia tidak menjejaska­n kediaman berkenaan secara keseluruha­n.

“Pemantauan di lokasi kejadian segera dijalankan dan runtuhan yang berlaku hampir dengan bahagian dapur namun struktur utama kediaman tidak terjejas.

“Untuk tindakan awal, pemilik rumah menutup runtuhan berkenaan menggunaka­n kanvas kalis air bagi mengurangk­an risiko sekiranya masih hujan di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba turut memasang pita amaran di lokasi kejadian bagi mengelak penduduk menghampir­i kawasan runtuhan yang masih berisiko.

Katanya, tindakan menutup runtuhan dengan kanvas mampu mengurangk­an risiko tanah kawasan itu runtuh lebih besar berlaku namun pemantauan lanjut masih diteruskan.

Pada awal pagi Khamis lalu, Rumah Panjang Gawang Lepong Balleh, yang terletak tidak jauh dari lokasi sama terjejas selepas runtuhan tanah berlaku sehingga menyebabka­n dapur di enam rumah tertimbus manakala sebuah lagi tertimbus sepenuhnya.

Namun, kejadian yang berlaku jam 1.30 pagi itu tidak membabitka­n sebarang kecederaan mahu pun kehilangan nyawa kerana penghuniny­a sempat menyelamat­kan diri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia