Harian Metro

Finley hasil produk kecantikan

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Menjadi pengusaha produk kecantikan dan kesihatan bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi, jika perniagaan berkenaan diusahakan seorang lelaki.

Namun, Ikon Metro kali ini, Finley Matibin,

26, tidak menjadikan­nya sebagai halangan untuk berkecimpu­ng dalam bidang itu yang rata-ratanya didominasi usahawan wanita.

Bagi jejaka keturunan Rungus ini, dia mahu menangkis tanggapan hanya kaum Hawa yang sesuai dan

boleh berjaya dalam bidang kecantikan dan kesihatan.

Malah, lelaki ini kini boleh berbangga apabila mampu menghasilk­an produk kecantikan dan kesihatan tempatan menerusi jenama ‘Momogun Beautyline’.

Pada masa sama, dia masih bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat perhutanan di Bengkoka, Pitas.

“Saya memegang prinsip ‘lakukan yang terbaik, selebihnya serahkan kepada tuhan’. Saya mahu lebih dikenali dalam bidang perniagaan produk kecantikan dan kesihatan.

“Ini bukan angan-angan kosong,” katanya kepada Metro Ahad, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman berniaga, pemuda ini berkata, dia berdepan pelbagai ragam dan cemuhan dalam usaha meyakinkan pelanggan bagi membeli produknya.

Menurutnya, ilmu pengetahua­n bagi menyelesai­kan masalah kulit pelanggan amat penting bagi mana-mana produk tempatan supaya ia lebih dikenali.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia