Harian Metro

PELANGGAN KURANG

- Mohd.rizal@hmetro.com.my

Peniaga dakwa Pasar Desa

Pujut 2 tiada sambutan

“Cukup untuk makan sahaja,” itu luah peniaga sayur Lucy Anding, 45, mengenai pendapatan hariannya berniaga di Pasar Desa Pujut 2 yang baru dibuka April lalu.

Lucy berkata, setakat ini hanya dia dan dua peniaga lain yang masih bertahan berniaga di pasar itu berikutan kekurangan pelanggan yang berkunjung ke pasar berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan peniaga yang sebelum ini menyewa di pasar berkenaan terpaksa berniaga di pasar lain berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau di sini.

“Ada lebih 40 daripada 80 meja yang dijadikan sebagai tapak perniagaan sudah disewakan, tetapi hanya saya dan dua peniaga lain yang masih kekal di sini.

“Sambutan pelanggan kurang, hasil perniagaan hanya cukup makan, sekadar memadai untuk saya membeli barang keperluan lain bagi kegunaan di rumah,” katanya.

Lucy berkata, pasar yang dibina Majlis Bandaraya Miri (MBM) itu sebenarnya selesa dan lengkap dengan segala kemudahan, malangnya orang ramai kurang berkunjung ke situ.

“Saya pun tidak faham mengapa pasar ini masih kurang sambutan daripada orang ramai.

“Kemungkina­n, masih ramai yang belum mengetahui wujudnya pasar di kawasan ini, ada baiknya pihak berkuasa fikirkan sesuatu untuk membantu peniaga di sini,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Hamdan Samsari, 48, berkata, masalah kurangnya sambutan orang ramai ke pasar itu mungkin disebabkan terdapat sebuah pasar raya besar berhampira­n kawasan itu.

Menurutnya, jarak pasar raya berkenaan dengan pasar baru itu hanya dua kilometer dari kawasan perumahan di Desa Pujut di sini.

“Barangkali, itu punca orang ramai memilih untuk ke pasar raya berkenaan kerana di sana ada lebih banyak pilihan barang basah dan sayur-sayuran.

“Bagaimanap­un, pihak berwajib perlu memainkan peranan ‘menghidupk­an’ pasar baru berkenaan untuk membantu peniaga di situ,” katanya.

 ??  ?? PASAR Desa Pujut 2 kurang
mendapat sambutan.
PASAR Desa Pujut 2 kurang mendapat sambutan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia