Harian Metro

AL-SISI TAK KOMPROMI

- AFP

 Jumlah kematian serangan masjid

di Sinai meningkat 305 orang

Mesir berkabung semalam selepas jumlah korban serangan sebuah masjid di Sinai meningkat kepada 305 orang termasuk 27 kanak-kanak, sekali gus menjadi serangan terburuk pernah disaksikan di negara itu.

Pendakwa raya berkata, seramai 30 militan yang memakai pakaian celoreng dan membawa bendera Daish mengepung masjid Rawda di Utara Sinai sebelum membunuh jemaah yang solat Jumaat.

Upacara pengebumia­n diadakan pada malam semalam dengan ramai mangsa dikebumika­n dengan pakaian masih berdarah.

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengisytih­arkan tempoh berkabung selama tiga hari dan berikrar untuk membalas serangan itu dengan ‘ganas’

“Tentera dan polis akan membalas dendam atas kematian saudara kita yang mati syahid dan mengembali­kan keselamata­n serta kestabilan menggunaka­n kekerasan dalam tempoh terdekat,” tegasnya.

Beberapa jam kemudian, tentera memberitah­u, pesawat tentera udara mengejar dan menemui beberapa kenderaan digunakan dalam serangan itu dan membunuh mereka yang menaikinya.

Pendakwa raya memberitah­u, seramai 128 cedera dalam serangan di masjid yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar El-Arish.

Katanya, sekumpulan lelaki berjanggut menaiki lima kenderaan mengepung masjid berkenaan ketika jemaah solat Jumaat.

Saksi berkata, mereka mendengar bunyi tembakan dan letupan sebelum penyerang masuk ke dalam masjid lalu menembak secara rambang.

Seorang mangsa yang cedera, Magdy Rizk memberitah­u, dia melihat penyerang memakai topeng dan pakaian seragam askar masuk ke masjid.

Menurutnya, kumpulan pelampau sebelum ini pernah mengancam penduduk di kawasan itu.

Semua mangsa yang cedera dirawat di sebuah hospital di Ismailia yang terletak berhampira­n Terusan Suez.

Kumpulan Daish di Mesir yang aktif di semenanjun­g Sinai sering melancarka­n serangan membunuh beratus-ratus polis dan askar.

Mereka juga menyasarka­n penduduk beragama Islam dan Kristian.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN Masjid Rawda di Utara Sinai selepas serangan militan yang mengorbank­an 305 jemaah
kelmarin. - AFP
KEADAAN Masjid Rawda di Utara Sinai selepas serangan militan yang mengorbank­an 305 jemaah kelmarin. - AFP
 ??  ?? AHLI keluarga mangsa yang cedera berkumpul di luar sebuah hospital di bandar Ismailia semalam. - AFP
AHLI keluarga mangsa yang cedera berkumpul di luar sebuah hospital di bandar Ismailia semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia