Harian Metro

3 ANAK CINA BERKHATAN

Tiga beradik kaum Cina berkhatan serentak dalam majlis anjuran KRT Taman Mahsuri

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

“Mereka hanya perlu membayar RM30 saja, manakala kos lain dibayar pihak KRT yang mendapat dana daripada sumbangan pelbagai

pihak di mana kos keseluruha­n RM13,000

Ahmad Shaker Ahmad

“Anak saya sendiri yang mahu berkhatan bersama kanak-kanak lain hari ini, malah mereka teruja dan gembira ketika disembur air oleh pihak bomba sebelum dikhatanka­n.”

Begitu kata Lee Kaw Seng, 40, bapa kepada tiga beradik kaum Cina yang berkhatan serentak dalam majlis anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mahsuri, di Dewan Orang Ramai Taman Mahsuri di sini, semalam.

Kehadiran Lee You Jin, 4, Lee You Quan,7, dan Lee Ming Xuan, 10, turut mencuri tumpuan orang ramai yang dikhatanka­n bersama 57 lagi kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun.

Malah, hanya You Quan saja yang menangis seketika kerana menahan kesakitan sementara dua beradiknya langsung tidak menangis selain mereka diberi lolipop bagi melekakan mereka ketika berkhatan.

Kaw Seng berkata, tinggal di kawasan kejiranan Melayu menyebabka­n dirinya dan anak-anak mengetahui mengenai kebaikan berkhatan ini untuk kebersihan dan kesihatan diri.

“Sebaik mengetahui ada majlis berkhatan dianjurkan pihak KRT ini, saya terus bertanya dengan anak-anak sama ada mahu atau tidak sebelum mereka bersetuju untuk berkhatan.

“Anak-anak saya pun berkawan dengan orang Melayu menyebabka­n mereka tidak berasa pelik sebaliknya teruja untuk mengikuti majlis ini,” katanya ketika ditemui selepas anaknya selamat dikhatan semalam.

Nenek mereka, Bok Yat Choo, 59, berkata, dia sudah membuat persiapan dari segi makanan sejak seminggu lalu bagi menjaga cucunya sepanjang proses untuk sembuh.

“Mereka perlu berpantang kerana tidak semua makanan boleh dimakan sebab itu saya beli ikan dan sayur selepas bertanya dengan pihak KRT,” katanya.

Ming Xuan pula berkata, walaupun sakit sedikit ketika berkhatan namun dia berjaya mengawal perasaan dan tidak menangis.

“Saya suka dan gembira kerana sudah selamat dikhatanka­n serta tidak sabar ingin kembali pergi berenang selepas sembuh nanti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi

KRT Taman Mahsuri, Ahmad Shaker Ahmad berkata, majlis ini kali pertama diadakan pihaknya di taman ini yang mendapat penyertaan seramai 60 orang.

“Pada mulanya saya hanya membuka kepada 50 peserta saja, namun mendapat permintaan tinggi menyebabka­n kita menambah lagi 10 orang, namun masih tidak cukup, tetapi kita tidak boleh menerima lagi kerana

mengambil kira kos majlis ini.

“Mereka hanya perlu membayar RM30, manakala kos lain dibayar pihak KRT yang mendapat dana daripada sumbangan pelbagai pihak di mana kos keseluruha­n RM13,000,” katanya.

Katanya, kanak-kanak ini juga diraikan dengan menaiki kereta pacuan empat roda daripada Kelab Kubang Pasu Jerlun (KPJ) sebelum diarak di sekitar taman ini.

“Kita akan memperheba­tkan lagi penyertaan pada tahun akan datang dan berharap lebih ramai kaum lain dapat menyertai majlis ini,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? PESERTA diraikan dengan dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda.
DARI kiri, Ming Xuan, You Quan dan You Jin antara 60 kanak-kanak yang turut serta pada
Program Majlis Berkhatan Beramai-ramai Anjuran KRT Taman Mahsuri di Jitra, semalam.
PESERTA diraikan dengan dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda. DARI kiri, Ming Xuan, You Quan dan You Jin antara 60 kanak-kanak yang turut serta pada Program Majlis Berkhatan Beramai-ramai Anjuran KRT Taman Mahsuri di Jitra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia