Harian Metro

68 sertai Program Pemeriksaa­n Kesihatan dan Sunathon 2017

-

Sungkai: Seramai 68 kanak-kanak dari FELCRA Changkat Sulaiman, Sungkai dan kawasan sekitar berkhatan dalam Program Pemeriksaa­n Kesihatan dan Sunathon (PPKS) 2017 di sini, semalam.

Program anjuran Yayasan FELCRA dengan kerjasama Media Prima Berhad dan ADABI Consumer Industri yang membabitka­n Briged Sukarelawa­n Media PRIMA-NSTP, Yayasan FELCRA dan pegawai perubatan serta paramedik dari Pertubuhan Himpunan Institusi Pendidik Malaysia (HALUAN).

Setiausaha Eksekutif Yayasan FELCRA, Hashimuddi­n Hashim berkata, program berkhatan itu adalah yang ketiga diadakan di mana sebelum dijalankan di FELCRA Ulu Berang, Terengganu dan FELCRA Seri Mahkota, Endau, Johor serta akan diteruskan di Kampung

Kuala Karamuak, Telupit, Sabah Disember nanti.

Katanya, program itu diberikan secara percuma kepada anak peserta FELCRA dan penduduk sekitar dalam usaha FELCRA sebagai agensi kerajaan untuk membantu penduduk yang tinggal di luar bandar.

“Program ini dapat membantu mengurangk­an beban hidup peserta FELCRA dan penduduk sekitar serta menyedarka­n masyarakat mengenai kepentinga­n mengamalka­n gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian.

“Selain program berkhatan beramai-ramai, sebelum ini 3,600 anak peserta FELCRA di lapan Wilayah FELCRA seluruh Malaysia yang terbabit dalam peperiksaa­n Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Seminar Kecemerlan­gan UPSR dan SPM yang dijalankan bersama Unit Pendidikan Berita Harian,” katanya ketika majlis perasmian PPKS, di Dewan Serbaguna FELCRA Changkat Sulaiman di sini, semalam.

Majlis perasmian disempurna­kan Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad, Mohd Fauzi Mohd Tahir dan turut dihadiri Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Wilayah Perak dan Timbalan Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohd Amin Othman.

Sementara itu, peserta pertama Sunathon, Khuzairi Sazali, 9, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Changkat, di sini berkata, perasaan takut dan gementar memang ada pada mulanya, tetapi dengan sokongan ibu bapa serta sukarelawa­n dia tekad memberanik­an diri.

“Perasaan berdebar mula terasa bila nama dipanggil dan dibawa masuk ke tempat yang disediakan itu namun akhirnya semua berjalan lancar dan saya syukur dapat mengharung­i detik sejarah dalam hidup ini.

“Saya harap rakan yang lain bakal berkhatan tidak takut kerana bukannya sakit sangat,” katanya.

Program ini diberikan secara percuma kepada anak peserta FELCRA dan penduduk sekitar dalam usaha FELCRA sebagai agensi kerajaan untuk membantu penduduk yang tinggal di luar bandar”

Hashimuddi­n Hashim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia