AKIFMA JULANG TUGAS WARTAWAN
Bagi menghargai peranan wartawan hiburan khususnya dalam industri filem yang banyak membantu memperkasakan perancangan dan agenda pembangunan industri, satu anugerah khas berlangsung gilang-gemilang di sebuah hotel di ibu kota, Jumaat lalu.
Acara yang diperkenalkan sebagai Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia 2017(AKIFMA) itu menyaksikan wartawan hiburan media cetak, elektronik serta media baharu turun padang bagi bersama-sama membangunkan industri filem melalui penulisan kreatif dan kreatif.
Lebih menarik, Pengarang Berita Harian Metro Adam Salleh meraih anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik menerusi artikel bertajuk Masih Mencungap Mengejar RM75 juta yang disiarkan di Harian Metro.
Kejayaan Adam menyaksikan dia membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil penghargaan.
AKIFMA 2017 anjuran Perbadanan Kemajuan
Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan (WHAM) serta disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) .
Wartawan Berita Harian (BH) Rozdan Mazalan pula mendominasi kategori utama iaitu Anugerah Kewartawanan Cemerlang 2017 bersama wartawan Mingguan Malaysia Abd
Aziz Ittar.
Bagi kategori Anugerah Penulis Pojok Terbaik, trofi itu dimenangi wartawan BH Raja Nurfatimah Mawar Mohamed menerusi artikel bertajuk Beginikah Perilaku Penggiat Seni dalam ruangan Desas Desus.
Kemenangan ini sekali gus menyaksikan Media Prima Berhad memperoleh tiga anugerah pada acara yang menawarkan 12 trofi termasuk tiga untuk kategori khas.
Adam ketika selepas acara berakhir berkata, dia sering diberikan tanggungjawab menulis kolum dalam setiap penerbitan yang pernah dia berkhidmat.
“Saya menulis kolum sejak 1987 di sebuah majalah dan kemudian setiap kali beralih ke penerbitan lain saya masih diberikan tanggungjawab sama sehinggalah berkhidmat di Harian Metro.
“Menerusi kolum yang dinamakan Pen Emas, saya banyak mengupas isu yang berlaku dalam industri