DURIAN VVIP
Durian ASFA50 dijangka lebih mahal daripada musang king
> Kacukan empat baka terbaik
iaitu tembaga, musang king, duri hitam dan udang merah, durian ASFA50 bakal
menyaingi harga musang king dalam setahun dua lagi.
Berbuah selepas tiga tahun ditanam, baka durian ‘elit’ itu kini hanya dimiliki kelompok kecil termasuk 20 golongan kenamaan (VIP) serta ternama (VVIP), antaranya Raja Perlis
dan dua bekas perdana menteri,
ASFA50
mudah ditanamdalam
pasubesar
“Saya bangun pagi saja, tengok pokok durian dulu. Melihat ‘tiga kesayangan’ saya ini tumbuh sihat memberikan satu keseronokan kepada saya,” kata Datuk Yazid Othman, antara kira-kira 20 golongan kenamaan (VIP) dan ternama (VVIP) yang memiliki anak pokok durian diraja ASFA50 di negara ini.
Dua bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi selain bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin adalah golongan VVIP antara pemilik durian istimewa ini, selain keluarga diraja Perlis.
Selain Yazid, golongan VIP yang turut memiliki baka durian jenis itu termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shabery Cheek dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Baka durian jenis itu menjadi buruan ramai di pasaran terhad berikutan dihasilkan menerusi kacukan empat baka durian terbaik iaitu tembaga, musang king, duri hitam dan udang merah selepas penyelidikan dan pembangunan (RND) selama tujuh tahun diketuai seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menetap di Thailand.
Setakat ini, buah ASFA50 belum berada di pasaran tetapi apabila berbuah dalam tempoh tiga tahun kelak, ia dijangka lebih mahal daripada musang king yang dijual antara RM35 hingga RM90 sekilogram mengikut gred.
Bercerita lanjut kepada Harian Metro, Yazid yang juga Naib Presiden Majlis Datuk Persekutuan Malaysia berkata, sejak lima bulan lalu hobinya beralih kepada tiga anak pokok durian berkenaan yang dibeli daripada seorang rakan lama selepas maklumat penjualan baka baru itu tular di Facebook.
“Selain mengisi masa lapang dengan menjalani salah satu gaya hidup sihat, tidak rugi berbudi kepada tanah kerana hasilnya boleh dimakan seisi keluarga.
“Tujuan saya menanam pokok ini untuk makan saja memandangkan kami sekeluarga peminat tegar durian dan kebetulan ramai rakan suka durian, jadi kalau ada tanam sendiri saya rasa lebih bagus.
“Jika mahukan hasilnya bagus, kita kena ‘membelai’ dan tatang macam minyak yang penuh, jadi itulah yang saya lakukan untuk tiga kesayangan saya ini bahkan jika ada seekor semut di