Harian Metro

Tegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah

-

Kisah mengenai keakraban hubungan adik-beradik adalah paparan menarik dalam drama 15 episod, Dekatkan Jarak Kita yang bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 bermula 21 November lalu.

Drama bertemakan kekeluarga­an dan kasih sayang terbitan JS Pictures Sdn Bhd ini arahan Azman Yahya atau Jinggo dan menampilka­n barisan pelakon seperti Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Wan Sharmila, Nadia Brian, Catriona Ross dan Azhan Rani.

Menurut Jinggo, drama itu berat kerana memaparkan krisis keluarga yang tiada hentinya.

“Namun, dengan kerjasama setiap kru produksi termasuk barisan pelakon yang hebat, penggambar­an drama ini berjaya dihabiskan dalam masa sebulan seperti dijadualka­n.

“Naskhah drama ini tetap memberikan sedikit tekanan kepada barisan pelakon untuk menjiwai watak mereka terutamany­a Ayda. Dia perlu melakonkan dua watak iaitu Sofea dan Allysa yang mempunyai perwatakan berbeza.

“Insya-Allah, produksi JS Pictures yakin dengan drama yang mengetenga­hkan nilai-nilai kekeluarga­an ini mampu menambat hati penonton,” katanya.

Drama Dekatkan Jarak Kita ini menceritak­an sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah selepas kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung.

Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka untuk membantu Umi Khadijah. Tidak lama selepas itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin.

Bagaimanap­un, Umi Khadijah tidak mengetahui Tuan Kamil mempunyai agenda yang tersendiri iaitu merampas hartanya.

Demi merealisas­ikan misinya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelah­i dan membenci kembarnya, Sofea kerana sebahagian daripada perancanga­nnya untuk menyingkir­kan Sofea. Suatu hari,

Tuan Kamil membawa keluargany­a berkhemah di tempat peranginan yang baru dibuka.

Namun ketika mereka di sana, Sofea didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana

Sofea menghidap penyakit leukemia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur anak perempuann­ya hilang dan menganggap­nya sudah meninggal dunia.

Beberapa hari kemudian, sepasang suami isteri, Kifli dan Zainab menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampira­n kawasan perkhemaha­n itu.

Mereka mengambiln­ya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang kepangkuan keluarga kandungnya. Kifli dan Zainab mampu mengawal leukemia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseoranga­n.

Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir di universiti kerana kedua-duanya jatuh cinta dengan Arif.

Nasib tidak menyebelah­i Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecewa, Sofea memilih untuk hidup bersendiri­an dan mengabaika­n kesihatann­ya.

Sikap Sofea menyebabka­n penyakit leukemia yang dihidapiny­a merebak dengan cepat dan dia meninggal dunia. Sofea meninggalk­an Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya.

Sofea meminta

Alyssa mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofea untuk membetulka­n keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu dan rahsia itu hanya diketahui Kifli, Zainab dan Allysa.

Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah Allysa mempertaha­nkan rahsianya daripada pengetahua­n Tashriq dan Tuan Kamil? Semua persoalan akan terjawab dalam drama bersiri Dekatkan Jarak Kita setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda.

Keterangan terperinci boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube TV3.

 ??  ?? ANTARA babak menarik dalam drama Dekatkan Jarak Kita.
ANTARA babak menarik dalam drama Dekatkan Jarak Kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia