Harian Metro

Pengaruh buruk kumpulan rock luar negara

-

Seremban: “Ketagihan dadah pada era 1980-an dan 1990-an menghancur­kan hidup kami sebagai kumpulan rock kapak. Selepas kematian empat sahabat baik, saya mulai sedar dadah membinasak­an,” kata vokalis kumpulan Bumiputera Rockers (BPR) Johari Mat Rozekhi, 54, atau Joey yang berkongsi pengalaman­nya menagih dadah lebih 10 tahun.

Ketua Biro Muzik Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) itu berkata, selebriti ketika zamannya terpengaru­h budaya mengambil steroid yang dibawa kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Metalicca dan Iron Maiden.

“Dua kumpulan ini punca dadah menular dalam industri hiburan tanah air. Kumpulan rock asing ini memiliki doktor pakar yang menyuntik steroid ke tubuh mereka sebelum konsert dan kaedah itu diikuti artis rock di Malaysia,” katanya.

Joey berkata, pengambila­n atau penyuntika­n steroid kurang di Malaysia kerana kebanyakan artis rock tiada wang tambahan pula steroid mahal, jadi kami ambil dadah biasa di pasaran.

“Kami diserap pegangan kalau tiada dadah, tidak boleh menyanyi. Ia diikuti golongan selebriti seterusnya,” katanya mengulas laporan muka depan akhbar ini, semalam berhubung lambakan artis yang menagih dadah hasil kajian SENIMAN dan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Menurutnya, karier awalnya bermula sebagai vokalis kumpulan Split Times pada 1983 yang menyaksika­n dua rakan seangkatan­nya juga meninggal dunia angkara dadah.

“Saya juga kehilangan rakan penulis lirik akibat perkara sama. Selain itu, pengasas kumpulan rock terkenal juga mengikuti jejak itu,” katanya yang memaklumka­n kebanyakan mereka meninggal dunia pada usia 20, 30 atau 40-an.

Katanya, selepas lebih 10 tahun menjadi hamba dadah, dia merasakan semuanya sia-sia apabila kehabisan wang selain berdepan masalah kesihatan seperti migrain dan kanser usus.

“Disebabkan itu saya nekad meninggalk­an bahan larangan itu.

“Untuk bergelar pemuzik bagus, tidak semestinya memerlukan dadah dan perlu dibuktikan artis sekarang. Ada rakan beri alasan tuhan cipta dadah daripada tumbuhan, kenapa tidak boleh digunakan,” katanya.

Kami diserap pegangan kalau tiada dadah, tidak boleh menyanyi

Joey

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia